suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Arfie Shah ‘hilang’ masa peribadi, terlalu sibuk fokus teater pertama

Arfie seorang yang soft spoken.

GARA-GARA terlalu memberikan komitmen terhadap pementasan teater pertama berjudul Tarik Picu, pelakon Arfie Shah mengalami susut berat badan akibat jadual latihan yang padat.

Menurut Arfie atau Ad Wafri Shaharuddin, 33, tempoh latihan yang singkat membuatkan dia perlu memberi tumpuan sepenuhnya sehingga tidak mempunyai masa untuk melakukan aktiviti lain.

“Teater ini memang stres. Bangun tidur pun fikir apa yang perlu dibuat, nak tidur pun masih fikir tentang teater.

Arfie mahu berikan yang terbaik pada teater pertamanya.

“Tak sempat nak pergi gim atau bersenam sebab latihan teater ini sekejap sahaja, dalam tempoh dua minggu lebih. Jadi fokus saya sekarang memang 100 peratus pada teater, tiada benda lain,” katanya kepada mStar.

Jelasnya, dia juga terpaksa mengehadkan aktiviti sosial kerana mahu memastikan persediaannya untuk beraksi di atas pentas berjalan dengan baik.

“Orang ajak lepak pun saya dah tak pergi sebab memang tak ada masa. Semua tenaga dan fikiran saya sekarang hanya untuk teater saja,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Arfie Shah selesa tujuh tahun tanpa kekasih

ARTIKEL BERKAITAN: Ada peminat perasan Arfie Shah ulang pakai baju sama... Mula belajar rutin penjagaan wajah

Menurut Arfie, dia menerima tawaran menyertai teater kerana melihat peluang itu sebagai satu pengalaman besar dalam mengembangkan lagi bakat lakonannya.

Dia yang baru tiga tahun bergelar pelakon mengakui teater memberi cabaran berbeza berbanding lakonan di hadapan kamera, terutama dari segi penggunaan suara dan kawalan persembahan.

“Saya boleh katakan ini satu pengalaman yang dahsyat untuk diri saya sebab ini pertama kali saya buat teater. Saya pun tidak tahu macam mana nak beraksi atas pentas, termasuk nak bercakap dengan suara yang kuat.

Arfie percaya teater akan serlahkan bakatnya lagi.

"Saya ini soft spoken. Jadi cabaran saya adalah untuk bercakap kuat. Setiap kali saya cuba bercakap kuat, saya rasa macam saya sedang marah orang,” kongsinya.

Namun dia percaya, pengalaman beraksi di pentas bukan sahaja membantu meningkatkan keyakinannya, selain menjadikannya seorang pelakon yang lebih baik.

Selain Arfie, Tarik Picu turut dibintangi pelakon Jay Iswazir, Idan Aedan, Khenobu dan Amalina Arham.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain