suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Arfie Shah selesa tujuh tahun tanpa kekasih

Arfie belum sedia cari teman wanita.

TUJUH tahun hidup solo tanpa teman istimewa, pelakon Arfie Shah tidak terdesak untuk memikirkan soal jodoh dalam masa terdekat.

Kata Arfie atau Ad Wafri Shahharuddin, 33, dia lebih selesa menyerahkan urusan jodoh kepada takdir dan percaya ada hikmah di sebalik statusnya yang masih belum berumah tangga.

"Itu adalah konsep rezeki. Saya tidak mencari dan hanya menyerahkan segalanya kepada Allah. 

Arfie mahu fokus terhadap karier terlebih dahulu. 

"Tapi mestilah rasa nak berumah tangga itu ada tapi lebih baik kahwin lambat dan dapat orang betul daripada cepat tapi hanya menerima sahaja," katanya kepada mStar.

Ditanya sama ada fokus terhadap membina nama dalam industri seni menjadi punca dia kekal solo, Arfie tidak menafikan perkara tersebut.

Jelasnya, impian dan sasaran hidup yang terlalu banyak membuatkan dia lebih tertumpu kepada perihal kerjaya berbanding cinta.

ARTIKEL BERKAITAN: Kalau sakit, duit tiada makna... Arfie Shah tak setuju kenyataan ‘influencer T20’

ARTIKEL BERKAITAN: Arfie Shah disunting produksi Taiwan, syukur rezeki makin luas

"Sebab terlampau fokus dengan karier juga menyebabkan saya langsung tidak mencari jodoh. 

"Terlalu banyak benda yang saya nak buat dalam dunia ini yang masih belum tercapai. Itu yang buatkan saya tidak mencari," ujarnya.

Mengulas mengenai kehidupannya sepanjang tujuh tahun bergelar solo, Arfie mendedahkan pada awalnya dia agak kekok namun lama-kelamaan ia sudah menjadi kebiasaan. 

Malah, Arfie juga menolak dakwaan kononnya pernah berhadapan dengan wanita yang bermasalah sebelum ini sehingga menyebabkan dia trauma untuk bercinta semula.

Arfie tidak meletakkan kriteria tertentu buat teman wanitanya. 

"Eh, tidak pernah. Semua elok dan baik dengan saya," katanya. 

Dalam masa sama, Arfie juga menjelaskan yang dia tidak pernah meletakkan sebarang kriteria khas untuk menjadi suri rumahnya. 

"Eh tidak, saya tidak pernah letakkan yang mahu artis sahaja sebagai teman Wanita. Saya tidak kisah sesiapa, asalkan boleh jadi ibu kepada anak-anak saya," jelasnya. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain