SEPANJANG 10 minggu berada dalam program nyanyian Talk To My Manager musim kedua (TTMM2), penyanyi Jamilul Hayat memberitahu keadaan kesihatannya mula menunjukkan perubahan positif selepas diuji masalah paru-paru kronik.Menurut Jamilul atau lebih dikenali sebagai Pak Hayat, keadaan kesihatannya yang kurang baik sebelum ini menyebabkan dia mudah semput, cepat letih dan memerlukan sokongan untuk bergerak. Malah, dia mengaku sering berasa takut setiap kali bangun pada waktu pagi kerana bimbang berdepan kesukaran untuk bernafas.ARTIKEL BERKAITAN: Jamilul Hayat dah tak bergantung tongkat, syukur kesihatan semakin baikARTIKEL BERKAITAN: Jarang guna inhaler, kesihatan Jamilul Hayat semakin baik... Boleh berjalan tanpa tongkat"Sebelum ini setiap kali saya bangun pagi untuk ambil wuduk di waktu Subuh, saya mesti ketakutan. Takut sesak nafas."Sekarang bangun pagi rasa macam orang baharu. Yang penting, saya dah tak takut nak ambil wuduk," katanya.Kesihatan Jamilul tunjuk perubahan positif sepanjang menyertai TTMM2.Dalam pada itu, Jamilul mengakui perubahan kesihatannya itu turut didorong oleh sokongan dan inisiatif pengasas Eskayvie iaitu Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri dan Pengarah Urusan, Dr Kartika Wati Mohamed yang juga merupakan penaja TTMM2.Sepanjang program berlangsung, Jamilul menerima pemantauan kesihatan secara berterusan yang merangkumi konsultasi bersama pasukan profesional, pemeriksaan kesihatan berkala, bimbingan pemakanan, galakkan gaya hidup lebih aktif serta sokongan nutrisi yang bersesuaian.Penaja TTMM2 mahu bantu Jamilul kembali pulih.Malah, dia turut menerima sebuah basikal senaman statik bagi membantunya menjalani aktiviti fizikal secara lebih konsisten di rumah.Pada Ahad lalu, Hussain memenangi tempat kedua TTMM2 dan membawa pulang wang tunai RM15,000, manakala juara disandang oleh Anggrek bersama pengurusnya iaitu Adira.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube