KERINDUAN para peminat My Chemical Romance (MCR) dan Evanescence bakal terubat apabila dua kumpulan rock antarabangsa ini berkunjung ke Kuala Lumpur dalam siri persembahan berskala besar, November depan.Dianjurkan oleh Hello Universe, siri konsert yang dinanti-nantikan itu bakal membuka tirai menerusi kumpulan ikonik rock alternatif, MCR pada 19 dan 20 November, disusuli dengan aksi pelopor rock gothic, Evanescence pada 28 November pula.Penganjur setuju untuk menambah tiket konsert. Kehadiran dua nama besar itu bukan sahaja menjadi platform buat peminat tegar muzik 'Emo' dan 'Gothic' tempatan berhimpun, malah ia disifatkan sebagai pelengkap kepada kenangan zaman persekolahan bagi generasi yang membesar pada awal tahun 2000-an.Gara-gara kehadiran dua kumpulan gergasi ini ke Malaysia dalam tempoh waktu yang rapat, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja, malah ada yang menyifatkannya sebagai sesuatu yang agak janggal dan sukar dipercayai."My Chemical Romance dengan Evanescence datang KL dalam bulan yang sama? Siapa kata benda ini tidak akan jadi?ARTIKEL BERKAITAN: My Chemical Romance tangguh konsert di Kuala Lumpur ke November 2026ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 12 Tahun, My Chemical Romance Berpecah"Gila, ini betul-betul mimpi menjadi kenyataan! Lagu-lagu inilah yang kita dengar sampai menangis dekat bucu katil masa zaman sekolah dulu. Bila tiket dibuka, mesti akan habis cepat!," ujar sebahagian netizen di media sosial.Memahami permintaan luar biasa daripada peminat, pihak penganjur menerusi hantaran di laman media sosial rasmi mereka turut mengumumkan pembukaan semula jualan tiket dalam jumlah yang sangat terhad.Bagi peminat yang tidak ingin melepaskan peluang, boleh layari laman web rasmi di www.golive-asia.com untuk urusan pembelian.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!