suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zairi Aziz okay diganggu peminat fanatik

Zairi terhibur gelagat peminatnya.

PELAKON Zairi Aziz menyedari terdapat seorang peminat wanita yang sering mengaku sebagai bakal pasangan hidupnya di media sosial sehingga mencetuskan kekeliruan dalam kalangan pengikut.

Bagaimanapun, Zairi, 24, tidak mengambil serius perkara tersebut dan menganggap individu berkenaan hanya peminat yang sentiasa menyokong kerjayanya.

"Saya tiada masalah, saya okay saja kalau peminat nak buat macam itu. Nampak comel bila dia berusaha ambil gambar saya dari drama Dom 403.

Antara foto yang tular di media sosial.

"Lepas itu cakap muka saya seiras dengan dia, jodoh panjang. Yang tak kenal pun cakap kami macam itu. Kelakarlah, seronok dapat baca benda-benda macam itu," katanya kepada mStar.

Namun Zairi berharap peminat tidak melampaui batas sehingga mengganggu privasinya dalam kehidupan seharian.

Katanya, dia tidak kisah jika peminat mahu bergurau atau membuat andaian berkaitan dirinya, namun ada had yang perlu dihormati.

ARTIKEL BERKAITAN: Tular video seakan-akan bercium, Zairi Aziz mengaku kontroversi jejaskan mental

ARTIKEL BERKAITAN: Dah dapat ‘green light’… Zairi Aziz okay saja dipanggil ‘adik Nasha Aziz’

"Jangan sampai tahap mengganggu privasi saya di luar. Kalau saya pergi klinik atau buat apa-apa pun, janganlah kaitkan semua benda dalam kehidupan dia orang," luahnya.

Mengulas mengenai kewujudan akaun palsu yang menyamar sebagai dirinya di Thredas, Zairi berkata perkara itu bukan sesuatu yang baharu dan tidak menimbulkan kebimbangan buat dirinya.

 "Saya sedar saja perkara itu tapi saya rasa ramai peminat dan penyokong yang tahu mana satu akaun sebenar saya, jadi tak ada masalah.

 "Bagi saya, peminat ini juga antara tangga yang kuat untuk saya terus naik dalam industri," ujarnya.

Zairi syukur kehadirannya disedari peminat. 

Dalam perkembangan lain, Zairi mengakui dirinya kini sibuk menjalani penggambaran beberapa projek yang bakal ditayangkan dalam masa terdekat.

“Alhamdulillah, jadual saya sudah penuh sehingga hujung tahun. Saya sangat bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan pada tahun ini.

“Buat masa ini, saya akan menjalani penggambaran filem The Real Mamu. Selepas selesai projek itu, saya akan meneruskan penggambaran drama Dom 403 musim kedua pula,” kongsinya.

Sebelum ini, seorang wanita bertindak menyunting foto Zairi bersama dirinya dan berkongsi di media sosial bersama kapsyen romantik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain