suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak tak patut jadi ‘content’ media sosial... Pakar beri amaran kepada ibu bapa, lebih 68 kajian tunjuk kesan buruk!

Kandungan yang kelihatan comel mungkin membawa kesan buruk pada masa hadapan. -Gambar hiasan AI

PERKONGSIAN gambar dan momen kehidupan anak-anak di media sosial kini dianggap sebagai satu perkara biasa. 

Walaupun niatnya baik, tabiat ini sebenarnya boleh membawa kesan buruk sehingga mengancam privasi, keselamatan dan kesihatan mental anak. 

Pakar pediatrik yang juga pemilik Frontier Pediatric Care, Dr Phil Boucher, tidak menafikan bahawa ibu bapa ingin berkongsi kebanggaan dan kebahagiaan mereka bersama anak kecil dengan orang ramai di alam maya.

"Namun, kita juga perlu mempertimbangkan perasaan dan privasi anak-anak apabila mereka dewasa kelak.

"Perkongsian momen peribadi atau perkara yang berpotensi memalukan anak boleh menjejaskan harga diri mereka serta hak untuk mengawal jejak digital sendiri," katanya, memetik laporan Parents.

Berikut merupakan tiga keburukan berkongsi kandungan mengenai anak-anak di media sosial:

Kandungan media sosial melibatkan kehidupan peribadi sepatutnya dipamerkan untuk keluarga dan rakan terdekat sahaja. -Gambar hiasan AI

1. Jejak digital

Memuat naik gambar anak bermakna membuka ruang kepada individu yang tidak dikenali untuk mengakses kandungan tersebut. 

Gambar anak yang pada asalnya hanya ingin dikongsi bersama ahli keluarga boleh tersebar dengan mudah kepada khalayak lebih luas.

Kajian pada tahun 2021 mendapati 80 peratus ibu bapa mengakui mereka berkawan di media sosial dengan individu yang tidak pernah ditemui secara bersemuka.

Pengarah Psikologi di Hassenfeld Children's Hospital, NYU Langone, Dr Becky Lois, turut memberi amaran mengenai risiko yang timbul daripada perkembangan teknologi masa kini.

"Dalam era kecerdasan buatan (AI), kandungan berunsur seksual boleh dihasilkan menggunakan gambar yang kelihatan polos dan tidak berbahaya," jelasnya.

Selain itu, jika ibu bapa memuat naik gambar yang mengandungi maklumat pengenalan diri seperti latar belakang sekolah, individu yang melihat perkongsian tersebut mungkin dapat mengenal pasti lokasi anak mereka.

2. Menjejaskan hubungan ibu bapa dan anak

Tindakan berkongsi kandungan mengenai anak secara berterusan akan mewujudkan rekod digital yang sukar dipadamkan sepenuhnya.

Satu kajian pada 2019 mendapati ramai remaja tidak menyukai tabiat ibu bapa yang kerap mempamerkan gambar mereka, lebih-lebih lagi apabila perkongsian itu dibuat semata-mata untuk menjaga imej keluarga di mata orang lain.

Keadaan ini boleh menyebabkan anak berasa tidak selesa, hilang kepercayaan atau menganggap ibu bapa tidak menghormati batas privasi mereka.

3. Kesan jangka panjang terhadap psikologi 

Selain menjejaskan hubungan kekeluargaan, tabiat berkongsi kandungan anak secara berlebihan juga boleh mempengaruhi pembentukan imej diri mereka.

Tinjauan terhadap lebih 68 kajian pada 2022 mendapati kemurungan dan gangguan pemakanan antara kesan buruk yang dikaitkan dengan penggunaan media sosial.

Anak juga mungkin berasa tertekan untuk sentiasa kelihatan menarik atau sempurna demi mendapatkan lebih banyak interaksi pada akaun media sosial ibu bapa mereka.

Artikel Lain