PELAKON dan pengacara Didie Alias mengakui hubungannya bersama sahabat baik yang juga aktres Amyza Aznan kini berdepan fasa dingin kerana mereka sudah tidak lagi berhubung hampir tiga bulan.Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd Ali, 54, meluahkan rasa sedih dan terkilan atas perkara yang berlaku memandangkan hubungan mereka sebelum ini sangat akrab. Didie mendedahkan perselisihan faham timbul apabila niat baiknya untuk menegur dan menghulurkan pertolongan disalah tafsir sehingga dianggap terlalu menjaga hal peribadi Amyza.“Saya agak kecewa, tetapi tidak mengapa. Mungkin dia ada jawapannya sendiri dan saya rasa biarlah dia yang menjawab mengenai apa yang sedang berlaku sekarang.Didie berkongsi perkara itu ketika ditemui media. “Saya sedih sebab hubungan kami sudah macam darah daging. Jadi, apabila kita bercakap dan berniat memberi nasihat, kita pula dikatakan kononnya terlalu sibuk mengambil tahu hal orang sehingga mungkin ada pihak yang membenci saya.“Saya sudah buat sehabis baik dan cuba membantu apa yang termampu. Keputusan kini berada di tangan dia. Jadi, saya terpaksa 'tarik handbrake'.“Maksudnya urusan berkaitan anak, suami dan keluarganya, biarlah dia uruskan sendiri. Saya tidak mahu ambil tahu lagi,” katanya kepada mStar ketika ditemui pada majlis pelancaran Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-38 (ABPBH38) di Ombak KLCC pada Sabtu. ARTIKEL BERKAITAN: Bukan kejar jawatan presiden, Didie Alias bantu ikhlas daripada hati... “Saya pernah susah, tak mahu orang lain lalui nasib sama”ARTIKEL BERKAITAN: Didie Alias tegur influencer berlagak, tiada hormat pelakon senior... “Senang viral esok jadi artis”Menolak untuk bercakap lanjut mengenai punca sebenar perbalahan, Didie berpandangan Amyza adalah individu paling wajar untuk tampil memberikan pencerahan.“Bagi perkara berkaitan dia, rasanya lebih baik dia jawab sendirilah dengan rakan media. Kalau tanya saya pun, jawapan ada pada dia dan bukan pada saya. Dia yang lebih tahu.“Tetapi saya okey sahaja dan tiada perasaan serik dalam diri. Sebenarnya dengan semua orang, saya layan dengan baik,” jelasnya.Dalam pada itu, Didie tetap bersikap profesional dan tumpang gembira apabila melihat nama Amyza turut tersenarai bersaing dengannya dalam kategori Aktres Pembantu TV Popular pada edisi ABPBH38.Didie sentiasa bersama Amyza ketika kematian anak pertamanya. Menurut Didie, pencalonan tersebut membuktikan kelompok pelakon berpengalaman masih mendapat tempat dan dihargai peminat.“Malah saya seronok melihat dia juga tercalon dalam kategori Aktres Pembantu TV Popular. Semua geng lama bersaing dalam kategori yang sama. Rasa macam bukan hendak bertanding pun, sebaliknya rasa macam hendak sibuk berborak sahaja.“Alhamdulillah, terima kasih kepada pihak penganjur. Kami yang tercalon ini semuanya geng-geng lama dan ini membuktikan kami masih lagi relevan dalam industri seni,” ujarnya lagi.Selain Didie dan Amyza, kategori tersebut turut dibarisi saingan lain seperti Rita Rudaini, Aleza Shadan, Marisa Yasmin, Watie Sadali, Puteri Sarah Liyana, Nadia Brian, Azira Shafinaz dan Arabella Ellen.