suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Didie Alias tegur influencer berlagak, tiada hormat pelakon senior... “Senang viral esok jadi artis”

PELAKON Didie Alias meluahkan rasa kurang senang dengan sikap segelintir pempengaruh media sosial yang disifatkan seolah-olah lupa diri selepas mencipta nama di dunia seni.

Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd Ali, 54, berkata populariti di media sosial tidak sepatutnya menjadi alasan untuk memandang rendah penggiat seni yang sudah lama berbakti dalam industri hiburan.

Menurutnya, sebagai orang baharu, mereka sepatutnya hadir dengan sikap rendah diri dan menghormati artis yang lebih berpengalaman.

“Mereka (TikToker) rasa darjat sudah tinggi dalam dunia digital, tapi bila masuk industri hiburan kena ada sikap rendah diri dan hormat.

“Kami yang sudah lama dalam industri pun tetap hormat pelakon baharu. Tapi bila TikToker masuk industri hiburan, hormatlah kami janganlah pandang kami atas bawah,” katanya kepada mStar.

Dalam masa sama, Didie turut mempersoalkan lambakan TikToker yang kini beralih menjadi selebriti sehingga menimbulkan pelbagai persoalan mengenai hala tuju industri hiburan tempatan.

“Ramai sekarang TikToker yang masuk jadi artis. Habis tu kami yang memang pelakon ni macam mana nasib kami? Siapa yang nak tapis kemasukan mereka?” luahnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi