suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak sedar makin ‘besar’, Pekin Ibrahim kembali jaga badan selepas ditegur isteri

PELAKON Pekin Ibrahim mengakui isterinya iaitu Mona Allen sudah lama menegur dirinya agar kembali menjaga bentuk tubuh.

Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim, 45, berkata pada awalnya dia terlalu selesa dengan perubahan fizikalnya sehingga tidak menyedari badan semakin berisi.

“Isteri saya dah lama suruh saya diet, cuma yalah bila badan besar ni saya selesa.

“Awalnya tak rasa diri sendiri gemuk, tapi bila tengok gambar kena sedar dirilah,” katanya kepada mStar.

Menurut Pekin, kesedaran itu mula timbul apabila dia melihat kembali beberapa gambar lama serta perkembangan dirinya yang semakin jauh berbeza berbanding sebelum ini.

Tambahnya, perubahan itu juga didorong oleh fasa rehat panjang daripada dunia lakonan yang menyebabkan rutin hariannya kurang aktif berbanding dahulu.

“Kemudian dah lama tak berlakon, lebih dua tahun berehat. Jadi bila nak comeback ni kena turunkan berat badan,” jelasnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi