suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Melodi sedap lirik bagus, Ajai kongsi rahsia lagu dialek Kelantan mudah viral dapat sambutan ramai

LAGU loghat Kelantan semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat meskipun menggunakan dialek yang mungkin sukar difahami segelintir pendengar.

Komposer, Ajai atau Mohd Faizal Maas, 51, berkata penerimaan baik terhadap lagu menggunakan loghat Pantai Timur itu membuktikan kekuatan sesebuah karya bukan terletak pada bahasa semata-mata, sebaliknya dipengaruhi melodi dan susunan muzik.

Menurutnya, elemen itu menjadi faktor utama yang mampu menarik perhatian pendengar tanpa mengira loghat yang digunakan.

"Mungkin paling kuat disebabkan melodi, tak kira loghat apa-apa pun kerana puncuk pangkalnya pada melodi dan susunan lagu.

"Cuma lebih seronok bila ramai pendengar cuba belajar Kelantan itu sendiri," katanya kepada mStar.

Mengulas mengenai kesesuaian lagu rakyat dipertandingkan dalam program nyanyian realiti, Ajai berpandangan karya berkenaan kurang sesuai kerana format pertandingan lebih menitikberatkan keupayaan vokal peserta.

"Lagu rakyat semua lapisan boleh menyanyikan. Bila pertandingan sudah tentu kena tunjukkan kekuatan vokal yang dinantikan.

"Tak semestinya kekuatan vokal itu kena high pitch, ada sahaja yang low oktaf tapi sedap dengar seperti P. Ramlee, lagunya sampai sekarang malar segar," jelasnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi