suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Ramai sangat yang DM tunjuk kemaluan” – Ziema Din dedah jadi mangsa gangguan seksual

PELAKON Ziema Din mendedahkan dirinya menjadi mangsa gangguan seksual selepas menerima foto tidak senonoh daripada beberapa individu tidak dikenali menerusi media sosial.

Menurut Ziema atau Rozima Bidin, 43, perkara itu bukan lagi sesuatu yang asing apabila dia mendakwa sering menerima mesej langsung (DM) memaparkan gambar kemaluan lelaki.

"Sejak kebelakangan ini memang ramai sangat yang DM tunjuk kemaluan.

"Cukuplah! Saya rasa mereka ini kurang ajar nak buat macam itu pada saya, sakit sangat hati ini.

"Perkara begini kerap berlaku, boleh dikatakan setiap minggu," katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut, Ziema berkata, tindakan segelintir individu itu sudah melampaui batas sehingga menyebabkan dia mengambil keputusan membuat laporan polis.

Katanya, dia berharap tindakan undang-undang dapat diambil terhadap pihak yang melakukan gangguan seksual secara dalam talian agar kejadian sama tidak terus berulang.

"Isu ini dah jadi serius dan saya sudah buat laporan polis. Jadi saya move on dan biar polis jalankan siasatan," jelasnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi