suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aisha Retno tenang hadapi kontroversi ubah lirik 'Rollerblade'

Aisha tidak ambil runsing mengenai kontroversi itu.

PENYANYI dan komposer Aisha Retno enggan melatah terhadap kecaman yang tercetus susulan tindakannya mengubah lirik lagu Rollerblade nyanyian kumpulan asal Indonesia, No Na.

Aisha atau nama lengkapnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulizam, 24, menjelaskan perkara tersebut sudah pun ditangani secara profesional menerusi perbincangan bersama pasukan pengurusan dan penasihat undang-undangnya.

"Tak ada komen sebab bagi saya, perkara ini sudah dibincangkan secara dalaman bersama pasukan perundangan dan semua pihak yang terlibat. Jadi, kita duduk diam dan santai sahaja.

Aisha tidak mahu isu tersebut dipanjangkan. 

"Biarkan orang berkata-kata sebab saya dah biasa. Isu batik dulu pun saya pernah lalui, jadi saya tahu mana yang benar dan mana yang salah. Kalau saya salah, saya dah lama buat video klarifikasi," katanya kepada mStar.

Mengulas lanjut, Aisha menegaskan setiap persembahan yang dipentaskan di stesen televisyen sentiasa melalui proses semakan dan tapisan yang ketat daripada pihak penerbitan.

"Kalau saya buat silap yang tidak dipersetujui oleh pihak produksi atau pengarah kreatif, sudah tentu perkara itu sudah ditegur sejak sesi latihan lagi.

"Setakat ini tiada sebarang isu dan saya percaya kepada pasukan dalaman, sama ada dari Malaysia mahupun Indonesia. 

ARTIKEL BERKAITAN: Naqiu ‘back up’ Aisha Retno isu ubah lirik lagu Indonesia... Jangan sekat kreativiti penyanyi

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kalau orang nak kata tamak, biarlah - Aisha Retno

"Jadi saya tak perlu risau. Biarlah netizen terus bercakap. Yang penting saya tenang. Kebenaran akan terserlah juga nanti," ujarnya.

Aisha yang berdarah kacukan Indonesia sebelah ibunya, bagaimanapun tidak berkecil hati dengan serangan netizen dari negara itu.

Aisha sebaliknya melihat perkara itu dari sudut positif dan mengagumi semangat patriotik rakyat Indonesia terhadap aset budaya mereka.

Aisha hanya memandang isu tersebut dari sudut positif. 

"Saya hormat rakyat Indonesia kerana semangat nasionalisme mereka sangat kuat. Mereka bangga dengan bahasa mereka, mereka sokong produk tempatan dan itu sesuatu yang saya kagumi.

"Mungkin sebab itu apabila ada perkara yang sedikit menyentuh negara mereka, mereka akan memberi reaksi yang pantas. Malaysia pula lebih tenang dalam berdepan isu-isu seperti ini. Kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing," ujarnya. 

Aisha sebelum ini menerima kecaman hebat di media sosial selepas bertindak menukar lirik lagu Rollerblade ketika persembahan bersama Anggrek di program Talk To My Manager Musim Kedua (TTMM2). 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain