PENYANYI Noraniza Idris tidak menyimpan harapan tinggi untuk menerima pinangan daripada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai rakan duet dalam konsert tradisional yang bakal berlangsung pada Oktober depan.Noraniza atau mesra disapa Kak Ani, 58, berkata, dia menyerahkan perkara itu kepada rezeki dan sentiasa akan memberikan sokongan terhadap Siti Nurhaliza kerana mengangkat muzik dan irama tradisional. “Kalau tiada tawaran pun tidak mengapa. Saya akan tetap menyokong, insya-Allah. Sokongan tidak semestinya perlu berada di atas pentas.Noraniza berkongsi perkara itu ketika ditemui media. “Saya memang tidak suka menyimpan harapan. Kalau ada rezeki, alhamdulillah. Kalau tiada pun tidak mengapa, saya tetap akan memberi sokongan dengan cara lain," katanya kepada mStar.Kak Ani berkongsi perkara itu ketika majlis pelancaran Zapin Living Lab - Akar Kita Zapin (AKZ) 6.0 yang diadakan di Panggung Anniversari, Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada malam Ahad.Kenyataan itu dibuat bagi mengulas mengenai harapan tinggi peminat yang mahu melihat dia dan Siti kembali berduet selepas pengumuman penganjuran Konsert Tradisional Gema Bumantara di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 17 Oktober depan.ARTIKEL BERKAITAN: Bariatrik bantu Noraniza Idris amal gaya hidup sihat, dapat menyanyi lebih baikARTIKEL BERKAITAN: Noraniza Idris dikecam hanya kerana sokong lagu Shiha Zikir… “Dia tak komen kasar atau libatkan sesiapa” Sebagai penggiat seni yang memperjuangkan genre yang sama, pelantun lagu Dikir Puteri itu mendedahkan dia sebenarnya sudah lama menyimpan impian untuk duduk di bangku penonton dan menyaksikan konsert tradisional anjuran Siti."Industri muzik ini kecil sahaja. Kita boleh menyokong dengan cara apa pun. Tidak semestinya hendak tunggu orang ‘pinang’ (jemput) atau apa sekalipun."Sebenarnya saya hendak tengok konsert Siti ini sudah lama. Dari mula-mula dia buat dengan arwah Pak Ngah sampailah setiap tahun dia ada buat, saya memang teringin hendak tengok sebab satu nama besar dan lagu-lagu semua popular. Apatah lagi saya ini juga bergiat dengan irama Malaysia," ujarnya.Noraniza kagum dengan usaha Siti martabatkan tradisional. Dalam masa sama, dia mengakui berasa bangga melihat keberanian Siti menganjurkan konsert irama tradisional di stadium yang disifatkan bukan tugas mudah dalam landskap industri muzik sekarang."Sudah tentu saya bangga. Bukan sekarang sahaja, dari awal lagi saya kagum melihat perjalanan konsert-konsert Siti."Dulu apabila dia berjaya memenuhi Istana Budaya, kemudian Axiata Arena, saya sudah tertanya-tanya bagaimana dia mampu melakukannya. Bukan mudah membawa konsert berteraskan irama Malaysia kerana masyarakat hari ini lebih cenderung kepada muzik komersial.“Sebab itu saya sangat mengagumi usaha tersebut. Kita tahu bukan mudah menganjurkan persembahan sebesar itu, lebih-lebih lagi untuk lagu tradisional. Usaha sebegini sangat penting demi memastikan warisan muzik kita terus hidup,” ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!