PENYANYI Noraniza Idris berkongsi perkembangan terbaharunya selepas genap 10 hari menjalani pembedahan bariatrik demi memulakan gaya hidup yang lebih sihat.Noraniza, 58, menjelaskan keputusan melakukan prosedur tersebut bukanlah sebagai jalan singkat untuk kurus, sebaliknya ia dilakukan atas faktor kesihatan diri. "Saya menjalani pembedahan bariatrik bukan kerana mahu cepat kurus atau mengejar kecantikan semata-mata, tetapi demi kesihatan dan mendisiplinkan diri untuk gaya hidup sihat terutama dari segi pemakanan serta rehat.Noraniza akui kini kehidupannya menjadi lebih sihat. "Sebelum ini saya jenis makan tidak ikut waktu. Bila fokus buat kertas kerja program CSR (tanggungjawab sosial korporat), saya boleh duduk dari pagi sampai ke pagi tanpa henti."Pemakanan tak terjaga, rehat pun tak cukup. Sekarang saya paksa diri tidur awal dan berat sudah turun tiga hingga empat kilogram," katanya kepada mStar.Meskipun masih dalam tempoh berpantang dan hanya bergantung kepada pengambilan susu, Noraniza mendedahkan dia terpaksa menggagahkan diri untuk menjayakan sebuah persembahan di Perlis.ARTIKEL BERKAITAN: Noraniza Idris dikecam hanya kerana sokong lagu Shiha Zikir… “Dia tak komen kasar atau libatkan sesiapa” ARTIKEL BERKAITAN: Kemurungan sebab konsert batal, nasib ada suami ‘selamatkan’ Noraniza Idris"Kalau ikutkan, doktor memang tidak menggalakkan sebab proses pemulihan memerlukan rehat yang cukup dan ubat-ubatan yang teratur."Namun, pada hari ketujuh saya cuba buat latihan nyanyian sendiri dan Alhamdulillah, saya rasakan banyak sangat perubahan terutamanya pada vokal saya," ujarnya.Dalam pada itu, Noraniza meluahkan rasa syukur apabila pembedahan tersebut secara tidak langsung memberikan impak positif terhadap kualiti suaranya yang bermasalah sejak enam tahun lalu.Berat badan Noraniza kini sudah turun selepas bariatrik. Jelas Noraniza, dia kini nekad untuk kembali aktif dalam dunia nyanyian selepas sekian lama."Hampir enam hari saya perlu melakukan latihan memanaskan suara tanpa henti hanya untuk keluarkan vokal dengan selesa, sampai kadang-kadang saya jadi malas untuk menerima tawaran persembahan."Tetapi pada hari kelapan itu, saya dapat menyanyi dengan lebih baik dan rasa lebih selesa. Hari ini saya mula yakin semula dengan vokal saya dan sudah sampai masanya saya kembali menjaga kerjaya seni yang agak lama terabai kerana terlalu fokus kepada kerja CSR," ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!