suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bukan cakap kosong, Aisha Retno siapkan demo lagu ketuhanan buat Adrian

Aisha teruja untuk berikan lagu kepada Adrian.

PENYANYI dan komposer Aisha Retno bakal menunaikan janjinya untuk memberikan sebuah karya istimewa kepada anak pelakon Amyza Aznan iaitu Adrian Adam.

Menerusi satu panggilan video yang dilakukan, Aisha atau Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 26, mendedahkan lagu yang digubah khas buat Adrian itu bertemakan ketuhanan.

"Lagu ini adalah hadiah. Kalau sudi (nak terima lagu ini), ia bertemakan ketuhanan. Saya rasa tak sabar pula nak bagi lagu ini dan saya yakin awak akan suka," kata Aisha kepada Adrian.

Amyza dan Adrian terharu dapat lagu daripada Aisha Retno. 

Dalam masa sama, Aisha turut menitipkan kata-kata semangat buat Adrian agar terus cekal dan berfikiran positif dalam menempuh ujian hidup yang sedang dilaluinya.

"Adrian kena sentiasa positif. Kena sentiasa buat ibu bangga ya!" ujarnya.

Sementara itu, stesen radio Era FM menerusi hantaran di laman Instagram berkongsi perkembangan bahawa Aisha kini sudah pun memulakan proses rakaman demo bagi lagu tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan rezeki abang” - Shiha Zikir ralat tak sempat cipta lagu buat anak sulung Amyza Aznan, projek bersama Adrian pasti jadi

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Rezeki anak Amyza Aznan dapat rakam lagu baharu, Adrian Adam terima tawaran 30 minit selepas buat persembahan di TTMM2

"Adrian dapat panggilan kejutan daripada Aisha Retno. Aisha kongsikan yang dia sudah mula buat demo lagu ketuhanan. Alhamdulillah, terima kasih Aisha.

"Tak sabar nak dengar hasil lagu Aisha untuk adik Ian," katanya.

Sebelum ini, hasrat murni itu disuarakan oleh Aisha selepas dia tertarik dengan satu hantaran warga maya yang meminta mana-mana komposer tanah air menghasilkan lagu bersesuaian untuk Adrian selepas melihat bakat besarnya.

Persembahan Adrian di TTMM undang sebak ramai. 

Nama Adrian terus menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen selepas tampil menyanyikan lagu Ku Mohon pada minggu kelima program Talk To My Manager.

Persembahan tersebut menyentuh hati ramai kerana Adrian menyampaikannya dengan penuh emosi.

Pada Februari lalu, Adrian disahkan menghidap kanser tulang dan kini masih menjalani proses rawatan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain