suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cantik pakai baju pengantin, ramai sangka Sharifah Rose sudah nikah

Rose dikatakan sudah menamatkan zaman bujangnya.

PERKONGSIAN pereka fesyen Seth And Luna mengenai pelakon Sharifah Rose sudah menamatkan zaman bujangnya mencuri perhatian ramai.

Menerusi perkongsian tersebut, jenama itu mengumumkan Sharifah atau lebih dikenali sebagai Rose, 28, dikatakan baru sahaja selesai melangsungkan pernikahan bersama cinta hatinya.

"Subhanallah, segala puji bagi Allah. Sekalung tahniah kami ucapkan buat Sharifah Rose yang selamat bergelar isteri kepada cinta hatinya sebentar tadi.

Ramai teruja untuk mengetahui perkembangan terkini Rose. 

"Kami mengucapkan selamat pengantin baharu. Semoga bahtera perkahwinan yang baru dibina ini, satu demi satu batu usaha dan cinta yang disusun rapi bakal menjadi asbab penyatuan kalian di syurga Firdaus kelak," katanya.

Seth And Luna berkongsi berita tersebut menerusi satu hantaran di Instagram pada pagi Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Sharifah Rose tolak cinta Syafi Tee, lebih selesa berkawan sebagai rakan industri 

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami tak pernah declare”... Hubungan Sharifah Rose dan Ezzin Loy makin jauh, tidak lagi sehaluan

 

Menjelaskan hantaran tersebut, pengurus kepada Rose yang dikenali sebagai Yani menafikan dakwaan pelakon itu sudah bernikah.

Menurutnya, hantaran tersebut merupakan sesi fotografi untuk kempen jenama pakaian berkenaan.

Hantaran tersebut rupanya hanyalah kempen. 

"Oh tidak, itu hanyalah kempen," katanya ringkas ketika dihubungi mStar.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat terkejut dengan berita tersebut memandangkan Rose sebelum ini tidak pernah mendedahkan teman lelakinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain