HASIL sumbangan orang ramai, pengacara Datuk Aznil Nawawi berjaya mengumpul wang berjumlah RM137,127.90 bagi membantu kos perubatan anak kepada aktres Amyza Aznan yang disahkan menghidap kanser tulang.Berkongsi perkara tersebut, Aznil, 64, memberitahu jumlah berkenaan berjaya dikumpul selepas lebih 50 jam memulakan kutipan Bantuan Adrian Adam menerusi akaun peribadi miliknya. "Selepas lebih 50 jam tabung kilat Adrian Adam, anak kepada Amyza Aznan yang diuji dengan kanser tulang, wang terkumpul setakat ini adalah RM137,127.90.Aznil menunjukkan bukti hasil sumbangan orang ramai. "Saya akan pindahkan semua wang ini kepada akaun Amyza. Yang masih mahu menyumbang, silakan sebelum saya tutup tabung ini secara rasmi pada bila-bila masa," katanya.Aznil memaklumkan perkara itu dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada malam Jumaat.Dia turut menjemput Amyza bersama anaknya, Adrian, hadir dalam satu sesi siaran langsung podcast Kita Kita Aje bagi menyerahkan sumbangan yang diterima.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Rezeki anak Amyza Aznan dapat rakam lagu baharu, Adrian Adam terima tawaran 30 minit selepas buat persembahan di TTMM2 ARTIKEL BERKAITAN: Anak Amyza Aznan tarik diri sebelum TTMM2 bermula, muncul buat persembahan istimewa minggu kelima"Ini adalah wang untuk tujuan rawatan Adrian yang diamanahkan kepada saya dan saraan Amyza sekeluarga."Saya tahu wang ini sangat bermakna dan tahu kos rawatan untuk kanser bukan murah," ujarnya.Amyza dilihat tidak dapat menahan air mata ketika Aznil membacakan jumlah tersebut.Amyza terharu atas keperihatinan orang ramai. Meluahkan rasa syukur, Amyza juga terharu atas keprihatinan orang ramai yang sudi memberi bantuan."Terima kasih kerana berada dalam kasut saya. Saya tidak minta semua ini. Saya hilang kata-kata," ucapnya.Pada Rabu, Aznil mengumumkan tentang kutipan dana berkenaan dan menyeru orang ramai untuk tampil membantu.Pengacara itu turut menunjukkan bukti dia mengosongkan akaun peribadi miliknya sebelum memulakan kutipan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!