suria

Anak Amyza Aznan tarik diri sebelum TTMM2 bermula, muncul buat persembahan istimewa minggu kelima

Amyza setia menemani Adrian di pentas TTMM2.

KONSERT minggu kelima program Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) dikejutkan dengan kemunculan pelakon Amyza Anzan bersama anaknya, Adrian Adnan yang sepatutnya menjadi salah seorang peserta. 

Perkara itu didedahkan hos TTMM2, Datuk Aznil Nawawi, yang memaklumkan pasangan ibu dan anak itu sebenarnya merupakan peserta kesebelas musim ini.

Bagaimanapun, Amyza terpaksa menarik diri sebelum program bermula susulan keadaan kesihatan Adrian yang kini sedang berjuang melawan kanser.

“Pada malam ini, saya ingin memaklumkan sepatutnya Amyza dan anaknya menjadi peserta kesebelas TTMM2. 

Adrian tidak dapat meneruskan penyertaan dalam program TTMM2. 

“Namun, Amyza sekali lagi diuji apabila anaknya seorang lagi kini sedang berjuang melawan kanser. 

“Ayuh kita beri peluang untuk Amyza menjadi manager untuk persembahan Adrian pada malam ini,” katanya. 

Dalam persembahan tersebut, Adrian tampil berkerusi roda sambil mendendangkan lagu Ku Mohon nyanyian Sheila Majid.

Persembahan itu menerima pujian daripada juri tetap, Datuk AC Mizal, yang menyifatkan Adrian mampu memberi saingan sengit kepada peserta lain sekiranya menyertai program berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Cara jalan berubah, kaki bengkak... Berat badan anak Amyza Aznan makin susut sejak disahkan kanser tulang

ARTIKEL BERKAITAN: Amyza Aznan kerap ziarah ‘istana’ anak, tak putus ikhtiar rawat kanser Adrian

Sepanjang persembahan berlangsung, Amyza dilihat tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata.

Mengulas lanjut mengenai keadaan anaknya, Amyza berkata Adrian kini sedang menjalani rawatan dan pemantauan rapi oleh pihak hospital bagi mengetahui perkembangan terkini penyakit yang dihidapinya. 

Sementara itu, Adrian turut menzahirkan penghargaan kepada penonton yang memberikan sokongan kepadanya.

Amyza sebelum ini berkongsi khabar duka Adrian menghidap kanser tulang. 

“Saya nak ucaplan terima kasih kerana sudi mendengar nyanyian saya. Harap kalian terus mendoakan saya dan ibu,” katanya. 

Untuk rekod, anak sulung Amyza, Andre Mikhail, 20, menghembuskan nafas terakhir pada 23 Februari lalu di Hospital Kuala Lumpur selepas setahun bertarung dengan kanser paru-paru tahap tiga.

Sebelum itu, Amyza sekali lagi berkongsi berita sedih apabila Adrian pula disahkan menghidap kanser tulang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain