ANAK kedua kepada pelakon Amyza Aznan iaitu Adrian Adam kekal tabah menghadapi dugaan selepas disahkan menghidap kanser tulang sejak Februari lalu.Amyza, 49, berkata perubahan pada cara berjalan anaknya yang kini berusia 18 tahun itu menjadi petanda awal sebelum mereka mendapatkan pemeriksaan lanjut di hospital. Menurut Amyza, pada awal Januari lalu cara jalan Adrian mula berubah selain kaki kanannya mengalami bengkak secara tiba-tiba.Adrian kongsi keadaan kakinya yang bengkak.“Dia lalui pemeriksaan terperinci sebanyak tiga kali sebelum doktor sahkan dia menghidap kanser,” katanya kepada mStar.Berkongsi perkembangan terkini, Amyza memberitahu mereka kini masih dalam usaha mencari hospital yang sesuai untuk rawatan Adrian selepas menerima sumbangan daripada orang ramai.Malah, buat sementara waktu, Adrian menjalani rawatan alternatif sementara menunggu keputusan mendapatkan pusat perubatan yang bersesuaian.ARTIKEL BERKAITAN: Anak kedua Amyza Aznan kuat berdepan ujian, sempat kongsi perkembangan selepas disahkan hidap kanser tulangARTIKEL BERKAITAN: Amyza Aznan sekali lagi berdepan ujian di bulan Ramadan, anak kedua pula disahkan kanser tulang“Buat masa ini kami masih mencari hospital yang sesuai buat Adrian kerana banyak duit sumbangan yang nak tengok dia sihat semula seperti sedia kala.“Saya faham sumbangan itu diberi agar tidak berlaku perkara yang sama. Tapi sementara tunggu rawatan di hospital, saya ada minta air (penawar) daripada imam masjid,” luahnya.Dalam pada itu, Adrian berkata sekiranya terlalu banyak bergerak kakinya akan sakit selain memerlukan rehat yang mencukupi setiap hari. Sakit kalau banyak berjalan dan saya perlu banyak berehat.ADRIAN ADAMANAK AMYZA AZNANMenurutnya, berat badan juga semakin susut berikutan perubahan pola pemakanan yang diamalkan.“Saya akan sakit kaki kalau banyak berjalan selain perlu banyak berehat. Berat badan saya pun makin menurun sebab kurang makan tapi lebih kepada berpantang sebenarnya.“Mana yang orang cakap benda itu memberi kesan kepada kanser, saya akan elak untuk makan. Gula memang saya tak ambil dan lebihkan kepada makanan sebenar (real food),” kongsinya.Dalam pada itu, Adrian mengakui dia terpaksa menangguhkan hasrat untuk menyambung pelajaran dan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap proses rawatan serta penyembuhan.Adrian dan Amyza reda dengan ujian yang diberi.“Niat saya memang nak sambung belajar tapi sebab keadaan saya macam ini, banyak yang saya tangguh dahulu.“Ada beberapa program yang sepatutnya saya ikuti tapi sebab keadaan makin teruk, saya terpaksa tarik diri saat akhir,” ujarnya.Pada Februari lalu, Amyza mendedahkan Adrian disahkan menghidap kanser tulang selepas setahun anak sulungnya iaitu Allahyarham Andre Mikhail melawan kanser paru-paru.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube