suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak kedua Amyza Aznan kuat berdepan ujian, sempat kongsi perkembangan selepas disahkan hidap kanser tulang

Adrian sedia untuk menjalani rawatan.

KUAT berdepan ujian, anak kedua kepada pelakon Amyza Aznan sempat berkongsi keadaan terkini dirinya selepas disahkan menghidap kanser tulang. 

Adrian Adam, 18, memaklumkan dia bakal menjalani rawatan kimoterapi susulan masalah kesihatan yang dialami. 

"Rancangannya akan buat kimoterapi untuk kecilkan kanser. Kalau dah kecil boleh buat MRI (Pengimejan Resonans Magnetik) dan potong tulang," katanya ringkas.

Adrian kelihatan tenang berdepan ujian. 

Adrian berkongsi perkara tersebut dalam satu hantaran yang dimuat naik di InstaStory miliknya.

Kelihatan tenang, Adrian juga seakan-akan sudah reda dan sedia untuk menjalani rawatan yang terbaik buat dirinya. 

Adrian sebelum itu juga berkongsi keadaan dan memohon doa sebelum berjumpa doktor. 

ARTIKEL BERKAITAN: Amyza Adnan sekali lagi berdepan ujian di bulan Ramadan, anak kedua pula disahkan kanser tulang 

ARTIKEL BERKAITAN: “Paru-paru kanan collapse" - Amyza Aznan mohon doa buat anak, saiz tumor membesar

Malah dalam satu perkongsian berbeza, dia sempat meluangkan masa ke bazar Ramadan untuk membeli juadah. 

"Pergi bazar dengan 'kanser tulang'. Ayuh," ujarnya. 

Semalam Amyza berkongsi berita duka anaknya itu disahkan menghidap kanser tulang.

Lebih menyedihkan lagi ujian ini berlaku selepas setahun anak sulungnya Andre Mikhail sedang berlawan dengan kanser paru-paru.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain