suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Kalian yang pergi masjid pakai kain pelikat, sarung seluar dalam ke tidak?” - Zizan Nin 

Hantaran Zizan itu menerima pelbagai reaksi netizen.

PELAKON Zizan Nin mencetuskan perhatian ramai apabila memuat naik satu hantaran di platform Threads mengenai pemakaian seluar dalam ketika memakai kain pelikat ke masjid.

Pada awalnya, Zizan atau nama sebenarnya Azizan Nin, 53, sekadar mengajukan soalan kepada pengikutnya namun, pertanyaan tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

"Jujur jawapan, kalian yang pergi masjid pakai kain pelikat itu, pakai spender (seluar dalam) ke tidak?," soal Zizan.

Zizan membuat hantaran tersebut di halaman Threads. 

Lebih mengejutkan, Zizan turut mengakui tidak memakai seluar dalam ketika menyarungkan kain pelikat di ruangan komen pada hantaran yang dimuat naik. 

Rata-rata netizen berpendapat soalan seumpama itu tidak wajar diajukan secara terbuka memandangkan Zizan merupakan seorang figura awam yang dikenali ramai.

"Apa yang saya baca ini? Malunya.

ARTIKEL BERKAITAN: Usia sudah mencecah 50 tahun, Zizan Nin banyakkan bersenam kerana kolesterol tinggi... Kini sibuk sebagai pengarah

ARTIKEL BERKAITAN: Zizan Nin terkejut tular berita sakit kanser, rupanya foto nampak kurus gambar lama

"Seriuslah dia ini (Zizan Nin)? Ini akaun betul atau palsu?" kata netizen.

Dalam masa sama, ramai juga memberikan respons dan rata-ratanya lebih selesa tidak mengenakan seluar dalam ketika beribadah. 

Zizan secara spontan mengakui tidak mengenakan seluar dalam ketika memakai kain pelikat. 

"Tak pernah pakai seluar dalam bila pakai kain pelikat. 

"Saya memang tidak pakai, sebab akan lebih selesa," ujar netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain