HARI kedua Ramadan, pelakon Kamal Adli sekali lagi mencuri perhatian apabila berjaya mengejutkan ‘rakyatnya’ untuk bangun bersahur.Bukan hanya menyasarkan netizen, Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40, turut memetik beberapa nama rakan selebriti dalam hantaran berkenaan. “Bangun sahur, tak kisahlah (video ini) kepada semua rakyat. Saya kejut ini, semua bangun.Perkongsian Kamal di Threads menarik perhatian ramai.“Mak ayah, keluarga semua bangun. Syafiq Kyle dan isteri, Remy Ishak, Cik Epal, Ammar semua bangun.“Sekarang ini saya kejut tau. Bangun,” kata Kamal dalam satu hantaran di Threads miliknya.Lebih mencuri perhatian, Kamal turut memetik nama bekas isterinya, Uqasha Senrose agar bangun bersahur.ARTIKEL BERKAITAN: ‘Rakyat’ bising Kamal Adli tak kejut bangun sahur - “Parah bila seorang”ARTIKEL BERKAITAN: Terpancar wajah ceria Kamal Adli jumpa anak, ramai tumpang gembira lihat ‘Ketua Presiden’ bahagia“Oh satu lagi, Uqasha Senrose, bangun kejut Hawra sahur sekali,” ujarnya.Hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi netizen, malah ada yang berasa sebak apabila Kamal tidak melupakan bekas isterinya.“Yang terakhir itu betul-betul lain rasanya.“Cara dia sebut Uqasha dan anak itu… Lawak tapi dalam masa sama kesian,” kata mereka.Pada Khamis, Kamal tampil memohon maaf selepas gagal mengejutkan ‘rakyat’ untuk bangun sahur kerana terlewat bangun.Kamal dan Uqasha (kanan) bercerai pada Januari lalu.Untuk rekod, Kamal pernah mendirikan rumah tangga dengan Uqasha pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.Bagaimanapun, pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 12 Januari lalu.Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira yang kini berusia dua tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube