suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Belum sempat promosi lagu sudah tular di Indonesia, Mila Jirin rancang jelajah seberang Oktober depan

Mila terharu lagu bahrunya dimainkan di radio Indonesia.

PENYANYI Mila Jirin meluahkan rasa syukur apabila lagu terbaharunya bertajuk Cukup Sudah Cukup mula mendapat tempat di beberapa stesen radio utama di Indonesia seperti Gen FM dan Prambors FM biarpun lagu itu belum sempat dipromosikan di tanah air.

Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin, 39, menganggap perkara itu sebagai satu petanda positif dalam usahanya membina kembali momentum muzik di Malaysia selain mula memperkenalkan karyanya di pasaran seberang.

“Saya sangat bersyukur apabila dimaklumkan Cukup Sudah Cukup sudah mula dimainkan di beberapa stesen radio di Indonesia.

Mila berimpian untuk melebarkan sayapnya ke Indonesia. 

“Saya sedar perjalanan saya di Indonesia masih terlalu awal. Ramai mungkin belum mengenali siapa Mila Jirin, jadi apabila lagu dan suara saya terlebih dahulu diberikan ruang untuk didengarkan di sana, bagi saya itu satu permulaan yang sangat bermakna,” katanya pada Khamis.

Mengulas mengenai pembikinan lagu, ia merupakan hasil kolaborasi Mila bersama komposer Indonesia, Ilham Baso manakala lirik ditulis oleh Aisah Rizky.

“Kerjasama dengan Ilham Baso bermula daripada muzik. Saya sukakan cara dia memahami emosi sesebuah lagu dan bagaimana sesuatu melodi boleh dibawa supaya lebih dekat dengan pendengar.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ada yang betul, ada yang ditokok-tambah“ - Mila Jirin akui caruman KWSP pekerja tertunggak

ARTIKEL BERKAITAN: Isu tunggakan caruman KWSP, Mila Jirin tak pernah halang bekas pekerja buat aduan

“Daripada situ, saya melihat ada ruang untuk saya meneroka lebih banyak kolaborasi di Indonesia. Fokus saya bukan untuk datang dengan cerita siapa saya di Malaysia, tetapi saya mahu pendengar di sana mengenali saya melalui lagu dan nyanyian terlebih dahulu,” jelasnya.

Dalam pada itu, Mila bakal memulakan siri jelajah radio di Jakarta dan Bandung pada Oktober depan bagi memperkenalkan diri dan karya terbaharunya dengan lebih dekat kepada pendengar tempatan.

“Saya mahu pergi sendiri dan bertemu dengan pihak radio serta media di sana. Saya mahu memperkenalkan muzik saya secara perlahan-lahan dan membina hubungan dengan mereka.

Mila bakal buat jelajah di Indonesia tidak lama lagi. 

“Saya tidak meletakkan sasaran untuk terus dikenali dalam masa yang singkat, sebaliknya mahu membina perjalanan ini dengan betul. 

"Kalau pendengar Indonesia mula mengenali Mila Jirin melalui lagu dan suara terlebih dahulu, itu sudah menjadi satu permulaan yang sangat baik,” tambahnya. 

Untuk info, video muzik Cukup Sudah Cukup boleh ditonton menerusi saluran YouTube Nova Music Videos bermula 4 September pukul 3 petang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain