PENYANYI Nabila Razali mendedahkan dia terpaksa menolak tawaran komersial yang mahu menampilkan anaknya kerana tidak mendapat keizinan daripada suami, Nik Iruwan Nik Izani.Nabila, 34, berkata dia memahami dan menghormati pendirian suaminya yang mengutamakan privasi serta menganggap persekitaran penggambaran belum sesuai untuk anak mereka, Muhammad yang kini berusia setahun lapan bulan. "Bella okay sahaja (terima tawaran), tetapi hari itu baru ada satu tawaran dan suami Bella tidak benarkan. Tetapi Bella faham dan hormati keputusan suami. Apa jua keputusan yang dibuat, Bella tahu sebabnya.Nabila sentiasa menghormati keputusan suaminya. "Jadi macam Bella sendiri, kita dah hidup dalam industri dah tahu macam mana pun artis kalau ada anak, dia (klien) nak ada gandingan bersama ibu dengan anak kan. Bella faham benda itu.“Jadi apabila klien bertanya dahulu, Bella jelaskan keputusan kami dan cadangkan guna 'double' sahaja. Pihak mereka pun okay dan benda ini tidak jadi isu," katanya kepada mStar. Tambah Nabila, faktor usia anak yang masih terlalu kecil menjadi pertimbangan utama suaminya sebelum membenarkan si kecil terdedah kepada kerjaya seni atau iklan televisyen.ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali ulas dakwaan rehat berlakon kerana sudah kaya, titip pesan buat rakan selebriti masih menanti ‘job’ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali jarang dedah anak atas permintaan suamiJelasnya, dia tidak menutup pintu sepenuhnya untuk penglibatan anak pada masa hadapan, namun memilih untuk tidak tergesa-gesa buat masa ini.“Bella rasa satu sebab privasi, dan keduanya memang belum masa dia lagi untuk didedahkan dengan penggambaran atau aktiviti hiburan ini semua.“Saya tidaklah kata tak nak langsung untuk selama-lamanya, cuma buat masa sekarang ini memang belum lagilah,” ujarnya. Sekarang bukan waktu sesuai Muhammad dalam sesi fotografi. Untuk rekod, Nabila mendirikan rumah tangga dengan Nik Iruwan pada November 2023. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Nik Muhammad yang dilahirkan pada 23 Disember 2024. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube