suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nabila Razali jarang dedah anak atas permintaan suami

Nabila jaga privasi untuk elak perkara tidak diingini berlaku.

DEMI menghormati permintaan suami, penyanyi dan pelakon Nabila Razali lebih selesa untuk tidak terlalu mendedahkan wajah anaknya, Nik Muhammad termasuk dalam urusan kerja melibatkan kolaborasi dengan mana-mana produk. 

Bagi Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 34, cukup sekadar beberapa perkongsian di media sosial sebagai tanda menghargai peminat yang selalu bertanyakan khabar Muhammad.

“Buat masa sekarang saya hormat dengan keputusan suami di mana dia tidak terlalu membenarkan untuk dedahkan anak. 

Nabila bahagia bersama suami dan anaknya.

“Kebanyakan jenama juga hanya bekerjasama dengan saya. Jadi tak mahu libatkan orang lain termasuk anak sendiri.

“Cuma ada sesekali saya kongsi sebab ramai bertanya. Juga nak beritahu inilah Muhammad anak Nabila Razali,” katanya kepada mStar

Nabila ditemui ketika majlis menandatangi perjanjian kerjasama dia dengan produk minuman Bliss yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Khamis. 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Nabila Razali tak melatah dikritik pakai tudung singkat, berkain jarang- "Saya hanya manusia biasa"

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu jadi ‘sahabat syurga’, Nabila Razali penuhi impian bertemu peminat hidap leukemia

Tambah penyanyi ini, keputusan itu juga dibuat demi menjaga privasi keluarga selain mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini. 

Nabila dalam masa sama memberitahu, Muhammad mula mendapat tawaran kerjasama dengan beberapa jenama namun dia berasa masanya belum sesuai buat anak kecil itu. 

“Dengan keadaan dunia sekarang yang macam-macam berlaku termasuk penggunaan AI (teknologi kecerdasan buatan), saya sendiri pun jadi takut. 

“Sebab itu saya amat faham dengan keputusan suami. Ia lebih kepada menjaga privasi. 

Saya pun semakin matang dan harus berfikir ke arah lebih profesional.

NABILA RAZALI

PENYANYI/PELAKON

“Insya-Allah kalau ada rezeki nanti dan suami izinkan saya akan terima tawaran untuk Muhammad,” ujarnya. 

Untuk rekod, Nabila mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Nik Iruwan Nik Izani pada November 2023. 

Anak sulung mereka, Nik Muhammad dilahirkan pada 23 Disember 2024.

Sementara itu, bercakap tentang kerjasama dengan Bliss, Nabila menganggap ini merupakan satu langkah untuk dia lebih serius dalam bidang keusahawanan. 

Nabila kini duta kepada produk Bliss.

Bukan hanya sekadar menjadi duta, dia turut terlibat dalam perancangan dari sudut pemasaran jenama tersebut. 

“Kali ini sedikit berbeza. Saya pun semakin matang dan harus berfikir ke arah lebih profesional.

“Untuk kerjasama ini saya betul-betul terlibat dalam pengurusan,” kongsinya. 

Nabila juga bakal tampil dengan perisa pilihannya sendiri bersama jenama itu dalam masa terdekat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain