PENYANYI Marsha Milan mengakui masalah paru-paru yang dihadapinya menjadi antara perkara utama yang perlu diberi perhatian menjelang persiapan untuk beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40).Menurut Marsha, 41, pengalaman kehilangan suara ketika membuat persembahan di pentas AJL sebelum ini membuatkan dia lebih berhati-hati dalam menjaga kesihatan dan vokalnya. "Saya memang ada masalah paru-paru, itu sajalah satu perkara yang perlu diambil perhatian lebih. "Sebelum ini saya dah pernah melalui situasi tak ada suara di atas pentas, terutamanya di pentas AJL. Itulah apa yang boleh saya katakan, saya hanya cuba membuat persiapan terbaik. Marsha masih menghadiri kelas vokal untuk memperbaiki nyanyian teknikal."Jika berlaku sebaliknya seperti sakit, saya serahkan kepada Allah," katanya kepada mStar. Marsha berkata demikian ketika ditemui pada sidang media AJL40: The First Look yang berlangsung di Hotel St. Regis, Kuala Lumpur, pada Rabu.Mengulas persiapan menghadapi pentas berprestij itu, Marsha berkata dia tetap mengikuti kelas vokal walaupun sudah bergelar penyanyi profesional.Katanya, teknik vokal perlu sentiasa diperbaiki bagi memastikan persembahannya berada pada tahap terbaik.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Terpaksa ambil steroid untuk sembuh, Marsha Milan hidap masalah paru-paru lemahARTIKEL BERKAITAN: TV3 minta penonton berpakaian ikut jantina ke AJL40"Insya-Allah saya memang target (menang vokal terbaik) juga tapi kita hanya merancang. Apa yang saya boleh buat daripada segi perancangan untuk menyusun jadual kelas vokal. "Alhamdulillah mungkin ramai yang mengharapkan begitu kerana saya tidak pernah memenangi anugerah vokal terbaik di AJL. "Walaupun kita semua adalah penyanyi profesional tetapi tidak semestinya pandai daripada segi teknikal, disebabkan kami (penyanyi) ingin dapatkan lebih 'bronze points' jadi kenalah masuk kelas vokal juga," ujarnya. Saya dah pernah melalui situasi tak ada suara di atas pentas, terutamanya di pentas AJL.MARSHA MILANPENYANYISelain berusaha memberikan persembahan terbaik, Marsha turut menyimpan impian untuk membawa pulang trofi Vokal Terbaik AJL40.Sementara itu, Marsha memberitahu selain mengimpikan trofi Vokal Terbaik, penyertaannya pada AJL40 kali ini lebih istimewa kerana buat pertama kali bertanding sebagai komposer."Ini adalah pertama kali saya bertanding sebagai komposer. Sudah tentu saya lebih memberi keutamaan pada lagu. "Tapi kalau diberikan rezeki saya pun teringin nak memenangi anugerah vokal terbaik. Marsha mengimpikan anugerah Vokal Terbaik di pentas AJL. "Persiapan daripada segi vokal saya baru saja dapat susunan muzik yang baru, jadi sedang membiasakan diri untuk menyanyi dalam susunan berbeza," katanya. Sebelum ini, Marsha mendedahkan menghidap masalah paru-paru yang serius sehingga menjejaskan kerjaya seninya sepanjang tahun lalu. Kata Marsha, dia mengambil masa yang lama untuk pulih setiap kali diserang demam atau batuk berbanding individu lain. Untuk info, Marsha bakal mempertaruhkan lagu Tangisan Seorang Pendosa pada pentas AJL40.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!