PELAKON Abby Abadi tampil memperbetulkan tanggapan segelintir pihak yang mendakwa hubungannya dengan anak, Marissa Dania, berantakan.Secara ringkas, Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 48, memberitahu luahan yang dibuat sebelum ini tidak pernah menyebut tentang sebarang masalah dengan anaknya itu. "Saya tak gaduh pun dengan anak saya. Saya tuju hari itu untuk mereka, bukan untuk Marissa. Kalau baca betul-betul, mesti faham," katanya menjawab satu hantaran di laman Threads.Komen balas Abby di Threads. Abby, dalam satu ruangan komen berbeza, turut menjelaskan hantarannya sebelum ini di media sosial bertujuan memberi pendedahan kepada anak-anak tentang kisah silam yang pernah dilaluinya.Pelakon itu, pada masa sama, turut menyebut ia sebagai peringatan buat 'si bapak' yang dipercayai ditujukan kepada bekas suaminya, aktor Norman Hakim."Saya ingatkan untuk si bapak itu sebab dia pun tak pernah tahu keadaan saya masa mengandung bagaimana. Tak pernah tahu sebab saya tak sempat bercerita. Asyik buat perangai sahaja. ARTIKEL BERKAITAN: "Dia didik anak dengan baik" - Raja Azura titip kata-kata semangat buat Abby Abadi, doa diberi ketenangan ARTIKEL BERKAITAN: Marissa Dania kesal salah faham isu jemputan Abby Abadi ke majlis hari lahir"Itulah sekali saya cerita untuk buka mata anak-anak sebab mereka pun tak tahu dalam perut mereka sudah terabai. Saya sahaja tahu semua," jelasnya.Abby turut meminta orang ramai agar tidak mudah salah faham terhadap perkongsiannya di media sosial dan menyelidik kisah sebenar sebelum membuat sebarang andaian.Sementara itu, dalam satu perkongsian, Marissa turut memuat naik gambar dia meluangkan masa makan bersama Abby, sekali gus menepis dakwaan hubungan mereka keruh.Perkongsian Abby sebelum ini mencuri tumpuan ramai. Abby sebelum ini menerusi satu hantaran menceritakan kembali pengalaman melalui waktu sukar ketika masih bergelar isteri kepada Norman.Luahan tersebut disifatkan sebagai 'luka yang tersimpan'.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!