suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Marissa Dania kesal salah faham isu jemputan Abby Abadi ke majlis hari lahir

Marissa jelaskan salah faham dalam kalangan netizen.

ANAK kepada pelakon Abby Abadi iaitu Marissa Dania Hakim tampil menjelaskan dakwaan kononnya dia tidak mengundang ibunya ke majlis ulang tahun yang diadakan pada Jumaat lalu.

Marissa, 21, berkata dia sendiri menghantar kad jemputan kepada Abby dan bapa tirinya kerana mahu mereka hadir memeriahkan majlis tersebut.

"Saya memang mahukan dia ada bersama pada hari itu. Saya menangis di hadapan Mak Long dan Mak Teh (kakak-kakak mama) semasa majlis kerana saya terlalu sedih mama saya sudah tiada.

Penjelasan yang dibuat Marissa di media sosialnya.

"Saya juga kurang faham kenapa isu jemputan yang forward itu dibesarkan, sedangkan semua orang menerima jemputan yang sama kerana ia dihantar terus oleh pereka jemputan, termasuk Papa, Abah dan Mummy," katanya menerusi hantaran di Instastory.

Marissa berkata demikian bagi menjawab dakwaan segelintir netizen yang mendakwa dia tidak mengundang Abby secara peribadi.

Dalam pada itu, Marissa turut mengakui hubungan mereka semakin renggang susulan beberapa isu yang timbul kebelakangan ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Marissa Dania terus pulang selepas prosiding cerai

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Mahkamah putuskan talak sah, Aslam dan Marissa bukan lagi suami isteri

Menurutnya, sebelum isu jemputan dibangkitkan, terdapat perkara lain yang turut menjadi pertikaian apabila dia tidak bertemu Abby sebaik selesai urusan di mahkamah, sebaliknya hanya bertemu bapanya.

"Perkara itu langsung tidak dirancang. Sejujurnya, saya hanya perlukan sedikit masa untuk bersendirian selepas urusan di mahkamah.

"Kita sebenarnya boleh sahaja berjumpa pada keesokan harinya tanpa perlu membangkitkan perkara tersebut.

Tiada kelibat Abby dan suami di majlis ulang tahun Marissa.

"Sejak daripada itu, saya rasa hubungan antara kita semakin renggang, sedangkan kita baru sahaja berjumpa dua hari sebelumnya," luahnya.

Sebelum ini, hantaran Abby Abadi di media sosial mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen yang mendakwa pelakon itu dipinggirkan oleh anaknya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain