suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Mahkamah putuskan talak sah, Aslam dan Marissa bukan lagi suami isteri

STATUS pasangan pempengaruh Ahmad Aslam dan Marissa Dania akhirnya terjawab selepas mereka diputuskan tidak lagi bergelar suami isteri di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada pagi Selasa.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie, Nadiah Khamis selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak dalam prosiding permohonan pengesahan lafaz cerai dan rujuk yang difailkan sebelum ini.

Menurut peguam syarie yang mewakili Aslam iaitu Muhammad Ammar Yaser, mahkamah memutuskan lafaz talak yang dibuat sebelum ini adalah sah dan menyebabkan perkahwinan pasangan berkenaan terbubar.

Aslam dan Marissa tidak lagi bergelar sebagai pasangan suami isteri.

Aslam dan Marissatiba di mahkamah sebelum memasuki pekarangan bangunan secara beriringan.

“Hari ini kita boleh katakan hakim memutuskan terjatuhlah talak.

“Hakim ada banyak keputusan dan terma yang dinyatakan dalam penghakiman, tetapi secara ringkasnya kedua-dua pihak bukan lagi suami isteri.

“Sekiranya mereka ingin kembali bersama sebagai pasangan suami isteri, mereka perlu melalui akad nikah yang baharu,” katanya kepada media.

Pada pagi Selasa, Aslam dan Marissa mencuri perhatian apabila hadir secara berasingan ke mahkamah bagi mengikuti prosiding berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN:Aslam, Marissa Dania tak lagi tinggal sebumbung

ARTIKEL BERKAITAN:Marissa Dania dan Aslam masih suami isteri, keputusan pengesahan lafaz tergantung

Ketika ditemui media, Aslam atau nama penuhnya Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid, 27, mengakui dia dan Marissa sudah tidak lagi tinggal sebumbung.

Sementara itu, Marissa, 21, enggan mengulas lanjut mengenai keputusan mahkamah dan hanya memaklumkan dirinya berada dalam keadaan baik.

Untuk rekod, Aslam memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai dan rujuk di mahkamah berkenaan pada 10 Mac lalu.

Aslam hadir ke mahkamah bersama peguam (kanan).

Sebelum itu, pada Mei tahun lalu, Aslam dan Marissa hadir ke mahkamah sama bagi proses pengesahan pernikahan mereka selepas dilaporkan bernikah di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.

Perkahwinan tersebut menjadi perhatian ramai apabila Aslam ketika itu masih berstatus suami kepada pempengaruh Umisya Mazlan.

Malah, pernikahan berkenaan didakwa berlangsung tanpa pengetahuan isteri pertamanya serta keluarga kedua-dua belah pihak termasuk ibu bapa Marissa, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain