suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Aslam reda berpisah dengan Marissa, mohon hentikan kecaman

PEMPENGARUH Ahmad Aslam reda dengan keputusan mahkamah yang memutuskan dia dan Marissa Dania tidak lagi bergelar suami isteri.
 
Menurut Aslam atau nama penuhnya Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid, 27, keputusan tersebut dianggap sebagai jalan terbaik selepas melalui pelbagai perbincangan dan proses mahkamah sebelum ini.
 
“Saya reda dengan apa yang berlaku dan tidak mahu banyak bercakap.
 
“Saya berharap keputusan mahkamah ini, berdasarkan segala perbincangan yang telah dibuat sebelum ini adalah yang terbaik untuk kami berdua,” katanya kepada mStar.
 
Marissa turut hadir ke mahkamah bagiproses penceraiannya dengan Aslam.
 
Aslam berkongsi perkara itu ketika ditemui sejurus selesai prosiding permohonan pengesahan lafaz cerai dan rujuk melibatkan dirinya dan Marissa di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada pagi Selasa.
 
Dalam pada itu, Aslam berharap keputusan yang dibuat mahkamah dapat menamatkan segala spekulasi berpanjangan berhubung hubungan mereka.
 
Malah, dia turut meminta orang ramai agar menghentikan sebarang kecaman atau komen negatif yang boleh memberi kesan kepada ahli keluarganya.
 

ARTIKEL BERKAITAN:Aslam, Marissa Dania tak lagi tinggal sebumbung

ARTIKEL BERKAITAN:Mahkamah putuskan talak sah, Aslam dan Marissa bukan lagi suami isteri 

 

“Saya juga berharap orang ramai tidak lagi mengeluarkan komen negatif.
 
“Kadang-kadang perkara ini turut melibatkan isteri saya, Umisya, serta anak-anak.
 
“Saya dan Marissa telah membuat keputusan yang terbaik untuk diri kami. Jadi saya berharap tiada lagi perkara-perkara negatif selepas ini,” jelasnya.
 
Aslam turut mendoakan yang terbaik buat Marissa dan berharap segala yang berlaku menjadi pengajaran serta hikmah kepada semua pihak.
 
“Saya doakan yang terbaik untuk Marissa. Semoga segala yang berlaku ini menjadi asbab kebaikan untuk kami berdua dan juga untuk semua yang mengikuti perkembangan ini,” ujarnya.
 
Pada Selasa, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur memutuskan Aslam dan Marissa tidak lagi bergelar suami isteri selepas mahkamah mengesahkan lafaz talak yang dibuat sebelum ini.
 
Menurut peguam syarie mewakili Aslam, Muhammad Ammar Yaser, sekiranya pasangan itu berhasrat untuk kembali bersama, mereka perlu melalui akad nikah yang baharu.
 
Untuk rekod, Aslam memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai dan rujuk di mahkamah berkenaan pada 10 Mac lalu.
 
Sebelum itu, pada Mei tahun lalu, Aslam dan Marissa hadir ke mahkamah sama bagi proses pengesahan pernikahan mereka selepas dilaporkan bernikah di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.
 
Perkahwinan tersebut menjadi perhatian ramai apabila Aslam ketika itu masih berstatus suami kepada Umisya Mazlan, selain didakwa berlangsung tanpa pengetahuan keluarga kedua-dua belah pihak termasuk ibu bapa Marissa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain