suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aslam, Marissa Dania tak lagi tinggal sebumbung

Marissa dan Aslam beriringan masuk ke mahkamah.

PASANGAN pempengaruh Ahmad Aslam dan Marissa Dania mencuri perhatian apabila hadir secara berasingan ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada pagi Selasa bagi prosiding permohonan pengesahan lafaz cerai dan rujuk.

Ketika ditemui media, Aslam atau nama penuhnya Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid, 27, mengakui dia dan isteri tidak lagi tinggal sebumbung.

Malah, Aslam turut memaklumkan dia masih menunggu keputusan daripada pihak mahkamah berhubung permohonan yang difailkan sebelum ini.

Aslam ditemui ketika tiba di mahkamah. 

“Ya, betul (datang berasingan dan tidak lagi tinggal sebumbung). Saya pun tidak tahu lagi. Sekarang kita tunggu keputusan daripada pihak mahkamah,” katanya.

Aslam dan Marissa, 21, hadir ditemani peguam syarie, Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri yang mewakili Aslam.

Sementara itu, Marissa yang mengenakan busana berwarna merah jambu belacan memilih untuk mengunci mulut daripada mengulas lanjut mengenai prosiding berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Menangis keluar mahkamah? Marissa Dania hanya ‘geleng kepala’, Aslam reda keputusan status rumah tangga

ARTIKEL BERKAITAN: Marissa Dania dan Aslam masih suami isteri, keputusan pengesahan lafaz tergantung

Anak kepada pasangan pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi itu bagaimanapun dilihat dalam keadaan sebak ketika berada di perkarangan mahkamah.

Ketika ditanya mengenai keadaannya, Marissa hanya memaklumkan dia berada dalam keadaan sihat.

Untuk rekod, Aslam memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai dan rujuk di mahkamah berkenaan pada 10 Mac lalu.

Marissa hadir bersama peguam ke mahkamah. 

Sebelum itu, pada Mei tahun lalu, Aslam dan Marissa hadir ke mahkamah sama bagi proses pengesahan pernikahan mereka selepas dilaporkan bernikah di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.

Perkahwinan tersebut menjadi perhatian ramai apabila difahamkan Aslam ketika itu masih berstatus suami kepada Umisya Mazlan. 

Malah, pernikahan berkenaan didakwa berlangsung tanpa pengetahuan isteri pertamanya serta keluarga kedua-dua belah pihak, termasuk ibu bapa Marissa.

Kes berkenaan kini masih menunggu keputusan lanjut daripada mahkamah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain