PERSONALITI media sosial Ahmad Aslam memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai status rumah tangganya dengan isteri iaitu Marissa Dania.Kata Aslam, 26, dia reda menerima apa jua keputusan yang akan diumumkan mahkamah kelak dan berharap urusan rumah tangga mereka dipermudahkan. "Perbicaraan ini dah selesai, saya cuma minta doa yang baik-baik.Aslam (kanan) memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai dan rujuk."Saya tiada apa-apa nak komen, semuanya bergantung pada mahkamah," katanya kepada mStar.Aslam berkongsi perkara itu ketika ditemui sejurus selesai prosiding kes lafaz rujuk dan cerai pasangan berkenaan di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Rabu.Pasangan berkenaan selesai memberi keterangan dalam perbicaraan yang berlangsung kira-kira satu jam di hadapan Hakim Syarie, Nadiah Khamis.ARTIKEL BERKAITAN: Perbicaraan selesai tapi status rumah tangga Aslam dan Marissa Dania masih tergantungARTIKEL BERKAITAN: “Keluar cepat daripada mimpi ngeri” - Abby Abadi sokong Marissa Dania mahu berceraiKeputusan kes tersebut bagaimanapun akan diumumkan pada satu tarikh lain yang tidak didedahkan atas permintaan kedua-dua pihak.Sementara itu, Marissa, 21, ketika ditemui media hanya menggelengkan kepala apabila ditanya adakah dia menangis ketika bergegas meninggalkan mahkamah selepas prosiding berkenaan.Malah anak kepada pasangan pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi ini juga enggan mengulas lanjut mengenai prosiding yang berlangsung.Marissa enggan mengulas lanjut mengenai prosiding yang berlangsung.Untuk rekod, Aslam memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai dan rujuk di mahkamah tersebut pada 10 Mac lalu.Pada Mei tahun lalu pula, Aslam dan Marissa hadir ke mahkamah sama bagi proses pengesahan pernikahan selepas mereka dilaporkan bernikah di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.Difahamkan ketika itu Aslam masih berstatus suami kepada Umisya Mazlan, dan perkahwinan tersebut didakwa berlangsung tanpa pengetahuan isteri pertama serta keluarga, termasuk ibu bapa Marissa iaitu pelakon Norman Hakim dan Abby AbadiJadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!