STATUS rumah tangga pempengaruh Marissa Dania dan suami iaitu Ahmad Aslam masih menjadi tanda tanya meskipun kedua-duanya sudah selesai memberi keterangan dalam prosiding pengesahan lafaz cerai dan rujuk di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Rabu.Prosiding berkenaan telah berlangsung selama satu jam di hadapan Hakim Syarie, Nadiah Khamis. Menurut peguam mewakili pasangan berkenaan iaitu Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri, keputusan kes tersebut akan diumumkan pada satu tarikh lain yang tidak didedahkan atas permintaan kedua-dua pihak.Aslam dan Marissa ketika hadir di mahkamah pada Rabu. "Alhamdulillah, perbicaraan selesai pada hari ini. Keputusan akan diumumkan pada satu tarikh yang telah ditetapkan."Status mereka sama ada masih suami isteri atau sebaliknya hanya akan ditentukan selepas mahkamah membuat keputusan," katanya kepada mStar.Ditanya dakwaan Marissa tetap mahu meneruskan perceraian selepas prosiding ini, Ammar Yaser enggan mengulas lanjut.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Aslam enggan ulas isu cerai dan rujuk dua kali, kes belum diputus mahkamah… Marissa masih sebumbung dengan suami ARTIKEL BERKAITAN: [V] Dua kali lafaz cerai luar mahkamah, Aslam dan Marissa kembali rujuk bulan sama… Proses pengesahan rumit kerana tiada sijil nikah asliMenurutnya, setakat ini belum ada sebarang perbincangan lanjut mengenai perkara tersebut."Kena tanya dia sendiri kerana setakat ini belum ada sebarang perbincangan lanjut mengenai perkara itu," ujarnya.Ammar Yaser sebelum ini memaklumkan Aslam pernah melafazkan cerai terhadap Marissa di luar mahkamah masing-masing pada September 2024 dan Jun 2025.Bagaimanapun, pasangan itu didakwa kembali rujuk dalam tempoh sama selepas kedua-dua lafaz berkenaan dibuat.Status perkahwinan Aslam, Marissa masih menjadi tanda tanya. Untuk rekod, Aslam memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai dan rujuk di mahkamah pada 10 Mac lalu.Pada Mei tahun lalu pula, Aslam dan Marissa hadir ke mahkamah sama bagi proses pengesahan pernikahan selepas mereka dilaporkan bernikah di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.Difahamkan, ketika itu Aslam masih berstatus suami kepada Umisya Mazlan dan perkahwinan tersebut didakwa berlangsung tanpa pengetahuan isteri pertama serta keluarga, termasuk ibu bapa Marissa iaitu pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!