suria

Syida Melvin fail cerai terhadap suami

Syida (kiri) memfailkan cerai terhadap suami pada Disember tahun lalu.

PELAKON Syida Melvin dilaporkan telah memfailkan cerai terhadap suaminya, Syafiq Azim di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada Disember tahun lalu.

Perkara itu disahkan oleh peguam mewakili Syida iaitu Nurul Jamaliah yang memaklumkan bahawa prosiding berkaitan rumah tangga pasangan itu kini sedang berjalan di mahkamah.

"Syida yang failkan cerai pada Disember tahun lalu, tapi sebutan pertama baru dijalankan pada 2 April lalu," katanya ketika dihubungi mStar. 

Foto Aidilfitri lalu, Syida (kiri) bersama anak-anak tanpa suami.

Foto Aidilfitri lalu, Syida (kiri) bersama anak-anak tanpa suami.

Dalam pada itu, Nurul Jamaliah turut memaklumkan perbicaraan kes berkenaan juga pernah ditangguhkan sebelum ini sebagai usaha untuk berdamai.

"Kalau ikutkan perbicaraan pernah ditangguhkan sekali kerana dengan niat ingin berdamai tetapi Syida nekad untuk teruskan (penceraian) juga," ujarnya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Syida jawab tak sebulu dengan adik-beradik Melvin, gerak solo hasil produk sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Syafiqa, Syida Melvin bengang... Pemilik butik pakaian sewa tak benar bawa masuk anak dalam kedai

Untuk rekod, Syida atau Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin, 29, mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Syafiq Azim Shaheen, 37, pada 19 Januari 2019.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Safa Safeera, Sara Sajedda dan Serhan Isa. 

Untuk info, Syafiq Azim merupakan anak kepada Iron Lady Malaysia, Allahyarham Datuk Dr Maznah Hamid.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain