suria

Kecoh wajah Bella Astillah ditutup, ini komen Aliff Aziz... “Umi bukan sengaja”

Aliff jawab dakwaan mengenai gambar Bella dikaburkan.

PENYANYI Aliff Aziz meminta netizen tidak memperbesarkan isu tular melibatkan hantaran Instagram Story ibunya, Siti Hafiza yang didakwa sengaja menutup wajah Bella Astillah di potret keluarga.

Menurut Aliff atau Mohamad Aliff Aziz, 35, hiasan dalaman kediaman orang tuanya itu adalah hak peribadi mereka dan dia tidak mempunyai kuasa mencampuri urusan tersebut.

"Sekali lagi, ini adalah perkara yang Aliff rasa tak sesuai untuk dikongsi. Itu adalah rumah mak ayah Aliff, terpulanglah kepada mereka apa hiasan yang mereka nak letak dalam rumah.

Aliff menjawab perkara itu ketika ditemui media. 

"Umi (ibu) saya bukan sengaja, masa itu tengah buat review makan dan mungkin ramai orang yang ada masa untuk freeze frame dan sebagainya. Aliff tak boleh komen banyak fasal dalam rumah mak ayah saya," katanya kepada mStar. 

Aliff berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa Majlis Rumah Terbuka Iqiyi di Kuala Lumpur pada Selasa. 

Dalam pada itu, Aliff menyedari setiap tindakan keluarganya pasti akan mengundang pelbagai persepsi daripada orang ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Abang Syed Saddiq dakwa video ibu Aliff Aziz tutup wajah Bella Astillah sebagai strategi pemasaran

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz gembira Bella Astillah sudah bertunang dengan Syed Saddiq, doakan kekal bahagia

Bagaimanapun, aktor itu memilih untuk tidak terlalu memikirkan kata-kata negatif tersebut.

"Setiap orang ada persepsi masing-masing. Kalau Aliff nak buat sesuatu dalam hidup mengikut kata orang, maka saya akan berada di tahap itu sahaja. 

"Saya sudah melakukan banyak perkara dalam hidup saya. Jadi sekarang ini saya perlu fokus untuk perbaiki diri," ujarnya. 

Aliff dan Bella sah bercerai pada 13 Jun 2024. 

Sebelum ini, tular video di media sosial mendakwa keluarga Aliff Aziz sengaja menutup wajah Bella Astillah pada foto keluarga yang tergantung di dinding rumah mereka. 

Untuk rekod, Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 sebelum berpisah pada 13 Jun 2024. 

Mereka pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh idah.

Hasil perkongsian hidup, Aliff dan Bella dikurniakan dua cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain