HAMPIR tujuh tahun menyepi daripada dunia hiburan, pelakon Azar Azmi akhirnya tampil berkongsi perkembangan dirinya terutamanya selepas dia dan suami terpalit isu penipuan melibatkan penjualan tanah kurnia selain urusan darjah kebesaran.Azar atau nama sebenarnya Siti Azar Ameerah Azmi, 37, mengakui terkejut apabila ditahan pihak berkuasa atas kesalahan yang didakwa bukan dilakukan olehnya. "Saya tak tahu langsung perkara itu, tiba-tiba pihak berkuasa datang dan ambil kami. Saya terkejut. Enam bulan sebelum itu saya tiada telefon, jadi terputus hubungan dengan apa-apa cerita di luar.Azar pernah minta bantuan untuk anak-anak."Telefon yang saya ada ini pun orang bagi pinjam," katanya semasa ditemu bual dalam program hiburan Melodi.Tidak lagi berselindung mengenai rumah tangga, Azar turut berkongsi realiti kehidupan selepas berkahwin yang tidak seindah disangka. Malah, dia menolak dakwaan yang mengatakan dirinya pernah meminta bantuan rakan artis untuk membeli keperluan anak-anaknya."Kalau saya cakap saya tak semewah seperti apa yang ditulis dekat tajuk orang tak percaya. Saya pernah berniaga durian, berniaga cempedak, goreng sendiri. Tapi masalahnya kehidupan apa yang aku hadap dengan tajuk tidak sama, nak makan pun serba ada saja.ARTIKEL BERKAITAN: Lama menghilang, Azar Azmi akhirnya muncul berkongsi luahan rumah tangga - “Tak sangka jadi macam ini”ARTIKEL BERKAITAN: “Saya minta maaf, kalau boleh bagi saya ruang” - Azar Azmi dibebaskan, bakal dipanggil jadi saksi pendakwaan"Kalau nak katakan cerita viral itu pihak berkuasa ambil saya dan saya buat itu, saya puas hati. Saya guna duit itu saya puas hati!” ujarnya.Tambah Azar, dia telah menjalani proses reman serta soal siasat oleh pihak berkuasa namun, cemuhan orang terhadap dirinya sangat melukakan hatinya.Jelasnya, dia juga tiada tempat untuk meluahkan segala kesukaran hidup semasa kejadian tersebut berlaku namun kini bersyukur apabila ahli keluarganya sentiasa menyokong. Sebenarnya menghormati keputusan keluarga mentua. AZAR AZMIPELAKON“Saya sudah direman dan disoal siasat, saya ikut segala prosedur tanpa terkecuali. Tapi masih ada yang tidak puas hati, macam mana saya boleh terlepas. Biasalah, mulut orang ini kita tak boleh tutup."Tapi bila sudah berkeluarga, kita ada pasangan kita saja. Saya kena besarkan anak-anak. Rasa nak beritahu aku tak buat benda itu, tapi siapa nak percaya? Gambar sudah terpampang, tangan sudah ada gelang (gari)… itu perkara paling teruk dalam hidup saya. Saya tak pernah fikir satu hari nanti sampai ke situ," jelasnya.Sementara itu, Azar turut memaklumkan ketiadaanya dalam industri seni disebabkan menghormati pemintaan keluarga mentua yang tidak mahu dia terlibat dalam dunia hiburan lagi.Azar sudah puas berdiam diri."Saya ada saja sebenarnya, saya menjalani kehidupan seperti orang lain. Tiada nak menonjolkan diri dan menjalani kehidupan berkeluarga. Saya tiada keluarkan kenyataan yang saya mahu berhenti berlakon, sebenarnya menghormati keputusan keluarga mentua. "Saya tak tahu tapi kalau nak bandingkan dengan pasangan lain saya tengok saya cemburu. Saya rasa saya lebih menjaga anak-anak, sebab itu juga saya bertahan. Saya mengimpikan satu keluarga yang tidak gagal biarlah sampai mati tapi saya tak sangka benda jadi macam ini," luahnya.Difahamkan Azar mendirikan rumah tangga dengan Mohd Apri Hazreen Mohd Sapri dan memiliki dua orang cahaya mata.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube