PELAKON Azar Azmi dibebaskan oleh pihak polis selepas direman bagi membantu siasatan kes penipuan penjualan tanah kurnia melibatkan kerugian RM1.5 juta dan urusan darjah kebesaran. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim memberitahu pelakon usia 35 tahun itu dibebaskan lebih kurang pukul 8 pagi hari Rabu dan akan dijadikan sebagai saksi pendakwaan kedua-dua kes. "Dia dibebaskan untuk dijadikan saksi pendakwaan bagi kedua-dua kes," katanya.Azar atau Siti Azar Ameerah Azmi dilihat hadir di Mahkamah Seremban, Negeri Sembilan bagi mengikuti prosiding kes suaminya yang berdepan dua pertuduhan menipu atas urusan mendapatkan darjah kebesaran datuk dan tanah kurniaan membabitkan kerugian RM293,931. Nama Azar sebelum ini menjadi sebutan atas dakwaan menipu. Pelakon drama Nur itu hadir memakai jubah hitam dan pelitup muka. Ketika disapa media, Azar meminta diberi ruang dan tidak memberi komen lanjut berhubung kes mahkamah melibatkan suaminya. "Saya minta maaf, kalau boleh bagi ruang dekat saya. Insya-Allah kalau ada apa-apa saya beritahu," ujarnya ringkas. Dalam prosiding yang berlangsung suaminya Mohd Apri Hazreen Mohd Sapri, 41, mengaku tidak bersalah bagi kedua-dua pertuduhan.ARTIKEL BERKAITAN: Suami pelakon Azar Azmi mengaku tidak bersalah, mohon ikat jamin dikurangkan... Tanggung 9 anak dan isteri ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon wanita, suami turut disiasat kes tipu tawaran darjah kebesaranMohd. Apri membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam dan Majistret Nurul Saqinah Rosli.Di Mahkamah Sesyen, tertuduh didakwa telah menipu seorang lelaki berusia 56 tahun dengan memperdayakannya untuk membuat pembayaran sebanyak RM270,811 secara dalam talian ke akaun bank milik seorang penama wanita berusia 35 tahun.Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Ezzati Mohd. Zainal menawarkan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin, namun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan dikurangkan atas alasan menghidap sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan gout.Suami Azar mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan. Mahkamah Sesyen kemudian membenarkan tertuduh dijamin RM25,000 dengan seorang penjamin bukan isteri beserta syarat tambahan.Sementara itu, tertuduh turut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan memperdayakan seorang lelaki berusia 49 tahun untuk membuat pembayaran wang sebanyak RM23,120 bagi urusan mendapatkan darjah kebesaran membawa gelaran Datuk.Timbalan Pendakwa Raya Nik Nur Aqilah Syarfa Nik Zaidi menawarkan jaminan sebanyak RM7,000 sebelum Majistret Nurul Saqinah Rosli membenarkan ikat jamin sebanyak RM3,000 dan sebutan semula pada 15 April.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube