PELAKON wanita yang sebelum ini direman bagi kes penipuan urusan penjualan tanah kurnia dilaporkan turut terlibat dalam penipuan darjah kebesaran negeri kononnya membawa gelaran Datuk. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, pelakon tersebut bersama suaminya telah memperdaya mangsa sebanyak RM23,000 bagi tujuan berkenaan. Mangsa yang merupakan seorang pesara tampil membuat laporan polis pada 12 Disember tahun lalu. Pelakon wanita tersebut sebelum ini direman bagi membantu siasatan kes penipuan penjualan tanah. “Suspek lelaki berusia 41 tahun itu memberitahu mangsa bahawa dia boleh mendapatkan gelaran Datuk daripada sebuah negeri sebagai pertukaran dengan sejumlah wang.“Mangsa mempercayai lelaki tersebut dan memindahkan wang itu melalui enam transaksi dari Januari hingga November tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Pelakon drama Nur, suami direman tiga hari kes tipu tanah RM1.5 juta… “Tulis apa yang betul ya” ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon wanita bawa lari RM1.5 juta, disyaki tipu jual tanah tak wujud Susulan itu reman ke atas pasangan tersebut yang tamat pada Ahad akan disambung. Pada Khamis lalu Mahkamah Majistret Seremban membenarkan tahanan reman selama tiga hari terhadap pelakon wanita berkenaan bersama suaminya bagi membantu siasatan kes penipuan urusan penjualan tanah membabitkan kerugian RM1.5 juta. Sehingga kini, suspek dipercayai terbabit dalam tiga kes membabitkan tiga mangsa yang berlainan termasuk di negeri lain.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube