suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Patung emas gergasi, penari berjubah merah undang kontroversi... Jakim siasat unsur pemujaan dalam konsert The Weeknd

Konsert The Weeknd di Stadium Nasional Bukit Jalil minggu lalu mencuri perhatian gara-gara penampilan patung robot wanita gergasi di tengah pentas.

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang meneliti dakwaan berhubung persembahan konsert penyanyi antarabangsa, The Weeknd, di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada 4 dan 5 November lalu, yang dikaitkan dengan unsur kontroversi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, pihaknya menerusi Bahagian Penyelidikan Jakim kini sedang berhubung rapat dengan pihak berkaitan bagi mengesahkan kesahihan dakwaan serta memastikan persembahan itu mematuhi syarat ditetapkan.

"Islam secara tegas melarang sebarang bentuk unsur pemujaan selain Allah. Semua pihak perlu memastikan agar persembahan seni tidak menimbulkan kekeliruan berkaitan akidah, akhlak, dan sensitiviti agama di Malaysia.

"Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menerusi Bahagian Penyelidikan Jakim sedang berhubung rapat dengan Urus Setia Garis Panduan Jawatankuasa Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL), bagi mengesahkan kesahihan dakwaan serta pematuhan syarat persembahan konsert The Weeknd di Bukit Jalil," demikian menurut Zulkifli menerusi kenyataan pada Isnin.

Dalam kenyataan sama, beliau berkata tindakan tegas akan diambil berdasarkan peruntukan undang-undang dan fakta yang sahih sekiranya terdapat sebarang pelanggaran.

"Tindakan tegas berlandaskan undang-undang dan fakta sahih akan diambil bagi memastikan setiap persembahan artis dalam dan luar negara sentiasa memelihara sensitiviti agama, budaya, serta ketenteraman awam," katanya lagi.

Sebelum ini kecoh di media sosial mengenai konsert The Weeknd yang didakwa menyelitkan unsur pemujaan dan ritual kerana menampilkan patung robot wanita gergasi di tengah pentas, selain penari yang mengenakan jubah bertudung hud berwarna merah.

Segelintir warga maya mengecam kerana menyifatkannya seperti berhala, namun ada yang mempertahankan sebagai karya seni.

Artikel Lain