suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jangan terpedaya ucapan ‘bulan depan saya bayar’... Ikut 5 syarat ini sebelum pinjamkan duit, pasti selamat!

Amalan berhutang boleh menjejaskan hubungan dua pihak sekiranya gagal dibayar. -Gambar hiasan AI

"BULAN depan saya bayar!"

Demikian ayat sering kali diguna pakai individu yang berhutang sebagai 'cagaran' untuk melangsaikan pinjaman.

Ibarat mimpi di siang hari, janji manis ditabur kebiasaannya hilang tanpa tanpa jejak dan gagal ditunaikan seperti yang diperkatakan.

Dalam kes ini, paling terkesan pastinya si pemberi hutang yang akhirnya terpaksa menanggung kerugian akibat sikap individu tidak bertanggungjawab.

Justeru, seorang perunding kewangan Shara Ismail menyenaraikan lima peraturan boleh dijadikan panduan sebelum membuat keputusan meminjamkan wang kepada orang lain.

1. Semak kewangan diri sendiri

Sebaiknya jangan menggunakan duit makan, dana kecemasan atau simpanan untuk membantu orang lain dan pastikan kewangan benar-benar stabil serta tidak terjejas sekiranya meminjamkan wang.

2. Jangan terpedaya janji

Tetapkan tarikh dan kaedah bayaran semula sama ada secara tunai ataupun pemindahan secara atas talian.

Paling utama, si pemberi hutang perlu sedar bahawa niat dan kemampuan untuk membayar adalah dua perkara berbeza.

3. Bukti bertulis

Rekod transaksi dan persetujuan jumlah serta tempoh bayaran perlu disimpan oleh kedua-dua pihak walaupun berstatus adik-beradik ataupun kawan baik sendiri.

Ia bertujuan bagi mengelakkan isu salah faham ataupun ralat di kemudian hari yang boleh menjadi punca pertelingkahan besar.

4. Jangan berhutang

Sekiranya individu memiliki kad kredit mahupun pinjaman peribadi, tidak digalakkan untuk meminjamkan wang kepada orang lain kerana ia membuktikan seseorang itu belum berkemampuan dari segi kewangan.

5. Hubungan retak

Hubungan baik antara dua pihak boleh terjejas dek sikap mungkir janji yang akhirnya menjadi punca keretakan persahabatan.

"Sebab itu fikir bukan sekali, tetapi berkali-kali sebelum berkata okay aku pinjamkan," pesan Shara.

Artikel Lain