NIAT membantu individu yang berada dalam kesusahan ada kalanya boleh mengundang salah faham atau pengalaman tidak dijangka.Seperti kisah wanita ini, dia terkejut apabila diminta untuk membayar sejumlah wang selepas membantu menemukan seorang kanak-kanak yang tersesat di sebuah pasar. Bercerita mengenai kronologi kejadian, dia terserempak dengan kanak-kanak berkenaan dipercayai terpisah daripada ibu bapanya. Kes kanak-kanak hilang kebanyakannya berlaku di kawasan sesak seperti di pasar ataupun pusat beli-belah. -Gambar hiasan AITerserempak dengan kanak-kanak itu yang sedang menangis, dia kemudiannya mendekati anak kecil itu mencari ibu bapanya yang dikatakan masih berada di kawasan tersebut."Tadi aku ada jumpa budak sesat dekat tengah pasar. Aku pergi dekat dia tanya kenapa dan dia cuma cakap "mana mama" sambil menangis."Aku dukung dia dan cuba mencari ibunya dan berjaya. Ibunya panik gila sampai tangan menggigil dan mata merah berair."Bila saya serahkan anaknya semula, wanita itu berulang kali ucap terima kasih. Aku angguk sambil senyum," katanya.Seorang wanita berkongsi pengalaman pelik apabila diminta membayar RM10 hingga RM20 selepas membantu menemukan kanak-kanak yang sesat di sebuah pasar.Kejadian bermula apabila dia terserempak dengan kanak-kanak berkenaan yang menangis sendirian sambil mencari ibunyaTidak sampai hati melihat keadaan itu, wanita tersebut mendukung kanak-kanak berkenaan dan membantunya mencari ibu yang berada di kawasan pasar.Keadaan bertukar janggal apabila ibu berkenaan membuka aplikasi Touch 'n Go (TnG) dan meminta bayaran kerana telah menyentuh anaknyaRingkasan ini dijana oleh AIBagaimanapun ceritanya, situasi bertukar aneh apabila wanita berkenaan mengeluarkan telefon bimbit dan membuka aplikasi Touch 'n Go (TnG) eWallet miliknya.Menyangka ibu kanak-kanak itu mahu memberikan ganjaran sebagai tanda penghargaan, keadaan sebaliknya berlaku apabila individu terbabit meminta bayaran sekitar RM20 kerana menyentuh anaknya."Awak dah pegang anak saya, saya layak untuk caj awak RM10-RM20. Saya memang pantang orang sentuh anak saya."Saya tahu awak dah tolong saya tapi saya ada hak sendiri," katanya memetik semula kata-kata wanita tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Taksub nak dapat jutaan ringgit, 12 tahun bapa ‘bank-in’ duit ke akaun scammer! - “Setiap hari RM100, RM1,000 pun ada!”ARTIKEL BERKAITAN: Menyamar jadi pegawai bank, ini empat skrip biasa digunakan ‘scammer’... Pesan pada ibu bapa, beringat sebelum terkena!Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi warga maya malah ada mengingatkan supaya orang ramai lebih berhati-hati sekiranya berdepan situasi sedemikian yang didakwa taktik penipuan baharu."Kalau ada budak hilang bawa pergi balai atau telefon polis. Jangan cari mak dia atau ikut budak itu tunjuk jalan ke apa. Ada banyak cerita orang jahat guna budak untuk penipuan."Tak salah awal tahun ini ada diberitahu tentang taktik scam seperti ini. Bukan sahaja budak tapi kalau jumpa nenek sesat, dompet atau beg lebih baik telefon polis," antara komen netizen.