Orang ramai perlu berwaspada dengan panggilan palsu yang menyamar sebagai pegawai bank. -Gambar hiasan AI
DALAM dunia serba canggih hari ini, pelbagai cara digunakan oleh scammer untuk melakukan penipuan kewangan.Bukan sahaja menghantar mesej atau e-mel malah panggilan telefon yang direka supaya kelihatan seolah-olah sedang berkomunikasi dengan pihak bank semakin popular digunakan. Matlamat utama kebanyakan penipuan ini adalah untuk mencuri maklumat peribadi atau perbankan mangsa bagi mendapatkan akses kepada akaun mereka. Kebanyakan penipuan ini dirancang untuk memperdaya mangsa supaya menjawab soalan atau memenuhi permintaan yang tidak akan dibuat oleh pihak bank sebenar.Justeru, salah satu cara terbaik untuk melindungi diri daripada penipuan sedemikian adalah dengan mengetahui perkara yang tidak akan diminta oleh pihak bank.Penipu biasanya akan memperdaya mangsa untuk melakukan transaksi wang. -Gambar hiasan1. Bank tidak akan menghubungi anda untuk meminta maklumat peribadiApabila anda menghubungi bank untuk bertanyakan sesuatu atau melakukan transaksi perbankan, pekerja bank yang menjawab panggilan mungkin meminta beberapa butiran peribadi bagi mengesahkan identiti anda. Langkah ini perlu bagi memastikan identiti anda disahkan sebelum sebarang urusan berkaitan akaun diteruskan.Bagaimanapun, pihak bank tidak akan menghubungi anda secara tiba-tiba untuk meminta maklumat peribadi kerana taktik tersebut sering digunakan oleh penipu untuk mendapatkan maklumat mangsa.2. Bank tidak akan mengugut untuk membatalkan perkhidmatan dan meminta akses kepada peranti andaBanyak penipuan melalui mesej teks atau e-mel palsu mendakwa akaun pelanggan telah dikunci atau mengugut untuk menutup akaun jika mangsa tidak menekan pautan dan memberikan butiran akaun.Pihak bank tidak akan mengugut untuk membatalkan perkhidmatan anda dengan cara sedemikian.Berhati-hati dalam mendedahkan butiran peribadi apabila dihubungi nombor tidak dikenali. -Gambar hiasan AI3. Bank tidak akan mendesak anda supaya bertindak tergesa-gesaJika menerima mesej yang kononnya daripada pihak bank dan meminta anda mengambil tindakan segera, berhati-hatilah sebelum terkena!Mesej yang mendesak anda menekan pautan atau melakukan transaksi segera dengan ancaman wang akan hilang serta akaun dibekukan merupakan petanda kemungkinan berlakunya penipuan.Jangan terburu-buru memenuhi permintaan tersebut. Sebaliknya, padam mesej berkenaan dan hubungi bank melalui saluran rasmi untuk mendapatkan pengesahan.4. Bank tidak akan meminta anda memindahkan wang untuk tujuan siasatanDalam beberapa bentuk penipuan, matlamat penipu adalah untuk memperdaya mangsa supaya melakukan pemindahan wang kepada akaun tertentu.Ingat, pihak bank tidak akan meminta anda mengeluarkan wang atau melakukan sebarang transaksi kewangan bagi membantu siasatan penipuan atau siasatan dalaman.Sekiranya wang telah dipindahkan, tempoh untuk membatalkan transaksi mungkin terhad. Dalam keadaan tertentu, wang yang telah dihantar juga mungkin tidak dapat diperoleh semula.Perkongsian ini berdasarkan maklumat daripada Pusat Anti-Penipuan Kanada yang menjelaskan pelbagai taktik penipuan kewangan serta langkah yang boleh diambil orang ramai untuk melindungi maklumat peribadi dan wang mereka daripada menjadi mangsa penipuan. -Agensi