suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jangan tunggu suami ‘tutup mata’ baru selongkar... Isteri kena minta 7 dokumen ini demi tuntutan harta sepencarian

Golongan isteri disarankan mengumpul segala dokumen kewangan bagi tujuan tuntutan sepencarian. -Gambar hiasan AI

ISU kewangan dan nafkah rumah tangga lazimnya dipikul oleh suami selaku ketua keluarga.

Namun begitu, golongan isteri juga perlu peka dan celik ilmu pengurusan harta supaya hak mereka sentiasa terpelihara.

Perkara ini penting terutamanya dalam menyedia serta menyimpan dokumen berkaitan yang boleh dijadikan bukti tuntutan harta sepencarian sekiranya ditimpa musibah atau kehilangan suami suatu hari nanti.

Bagi mengelakkan isteri 'terkapai-kapai' apabila berlaku kecemasan, perunding kewangan Syahir Abd Halim menyenaraikan tujuh dokumen penting yang wajar disimpan oleh si isteri sebaik sahaja melangkah ke alam perkahwinan:

1. Geran rumah ataupun tanah

2. Perjanjian jual beli rumah

3. Dokumen pinjaman

4. Resit atau bukti bayaran ansuran

5. Penyata akaun

6. Bukti sumbangan pembelian aset

7. Dokumen aset diperoleh sepanjang perkahwinan

Pun begitu, Syahir menegaskan bahawa hak tuntutan harta sepencarian tidak bermaksud isteri secara automatik mendapat 50 peratus daripada jumlah keseluruhan harta berkenaan.

Sebaliknya, kadar pembahagian tersebut akan ditentukan oleh mahkamah menerusi penilaian serta pertimbangan terhadap bentuk sumbangan yang diberikan oleh pasangan.

"Contoh mudah suami yang bayar ansuran rumah tapi isteri pula banyak membantu daripada segi urus rumah tangga, jaga anak, menyokong suami bekerja dan membantu menjaga aset keluarga.

"Semua ni boleh menjadi antara perkara yang dipertimbangkan dalam menentukan sumbangan, jadi isteri jangan tunggu sampai sesuatu berlaku baru nak cari dokumen.

"Kalau suami meninggal dunia, tuntutan harta sepencarian boleh menjadi salah satu perkara yang perlu diselesaikan sebelum baki harta pusaka dibahagikan mengikut faraid," katanya.

Justeru, sama ada kes kematian, perceraian ataupun poligami, segala dokumen berkaitan kewangan mampu menjadi penyelamat buat si isteri jika ditimpa musibah satu hari nanti.

Artikel Lain