suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Beli makanan kucing pakai kad kredit syarikat, pemilik bisnes terduduk kena penalti RM3,500 lepas LHDN semak akaun!

Penggunaan kad kredit syarikat untuk kegunaan peribadi adalah menyalahi undang-undang. -Gambar hiasan AI

KEBANYAKAN majikan hari ini semakin prihatin terhadap kebajikan dan keperluan pekerja di pejabat, termasuk menyediakan kemudahan kad kredit syarikat untuk perbelanjaan barang pantri.

Namun, segelintir majikan kerap kali tersilap langkah apabila turut menggunakan kad kredit syarikat untuk membeli barangan keperluan peribadi.

Situasi itu dikongsikan menerusi hantaran di Threads oleh Firma Perunding Kewangan ums_bhs mengenai seorang pemilik perniagaan yang akhirnya didenda RM3,500 akibat salah guna kad kredit syarikat.

Kesalahan itu terbongkar selepas Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyemak penyata kad kredit syarikat yang menunjukkan pembelian bahan dapur seperti pencuci pinggan, makanan kucing, dan minyak masak.

"Pernah ada seorang pemilik syarikat tunjuk akaun kepada kami. Masa kami semak penyata kad kredit syarikat, ada satu transaksi pasar raya RM35. Pada awalnya kami ingat pembelian untuk pantri pejabat.

"Apabila semak lagi, ada transaksi RM120, RM85, RM240 yang melibatkan pembelian pencuci pinggan, makanan kucing, minyak masak dan barang dapur.

"Kami pusing skrin laptop dan tanya... Encik, yang ini barang pejabat ke? Dia tengok, lepas tu gelak sikit.

"Eh, takkanlah beli pencuci pinggan rumah guna kad syarikat pun tak boleh? Syarikat ni saya punya, kan?’" kongsinya.

Malangnya tindakan yang disangka remeh itu akhirnya memakan diri apabila LHDN menyemak semula rekod perbelanjaan sejak tiga tahun lalu yang didapati langsung tiada kaitan dengan perniagaan.

Ini kerana daripada sudut percukaian mengikut Seksyen 33(1) Akta Cukai Pendapatan 1967, LHDN hanya membenarkan penolakan perbelanjaan jika ia dilakukan sepenuhnya dan semata-mata bagi menghasilkan pendapatan perniagaan.

"Apabila perbelanjaan peribadi dicampur sekali, perbelanjaan itu akan dilaraskan semula (disallowed expenses). Duit syarikat dah keluar bayar barang rumah, tapi potongan cukai tetap tak dapat.

"Lagi parah apabila LHDN buat semakan atau audit, perbelanjaan peribadi yang dituntut sebagai belanja perniagaan boleh dianggap salah lapor. Hasilnya, kena bayar cukai tambahan siap pakej penalti atas taksiran terkurang lapor.

"Masalahnya, tabiat belanja RM35 itu berulang setiap minggu selama tiga tahun. Apabila dikorek balik masa audit, akauntan pening, ejen cukai pening, dan pemilik syarikat lagi pening kena bayar penalti beribu ringgit," ujarnya.

Artikel Lain