KERAJAAN bercadang memberikan pengecualian penuh duti setem bagi perjanjian pinjaman dan surat cara pindah milik untuk pembelian rumah pertama berharga sehingga RM500,000.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagi rumah berharga sehingga RM750,000, pengecualian penuh duti setem diberikan untuk RM500,000 pertama, manakala baki nilai hartanah menikmati pengecualian sebanyak 50 peratus. "Ini terpakai bagi perjanjian jual beli yang disempurnakan mulai 1 Januari 2027 hingga 31 Disember 2030,” katanya sewaktu pembentangan Bajet 2027 di Dewan Rakyat pada Jumaat.ARTIKEL BERKAITAN: Intipati Bajet 2027: Ini ‘goodies’ daripada kerajaan, golongan M40 pun dapat manfaat!Dalam pada itu, Anwar berkata kerajaan turut menyasarkan sifar projek perumahan terbengkalai menjelang tahun 2030.Bagi mencapai sasaran itu, kerajaan mencadangkan pengecualian penuh duti setem ke atas perjanjian pinjaman dan surat cara pindah milik yang disempurnakan oleh kontraktor atau pemaju penyelamat serta pembeli asal."Pengecualian itu berkuat kuasa mulai 1 Januari 2027 hingga 31 Disember 2030," kata Anwar lagi.