suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Intipati Bajet 2027: Ini ‘goodies’ daripada kerajaan, golongan M40 pun dapat manfaat!

Anwar ketika pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

BELANJAWAN 2027 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pastinya dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Ia menjadi antara tumpuan utama negara dalam menentukan hala tuju ekonomi, pembangunan negara serta inisiatif kerajaan bagi membantu meringankan kos sara hidup rakyat.

Anwar yang juga Menteri Kewangan membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat pada pukul pukul 3.30 petang, Jumaat.

Berikut merupakan intipati Belanjawan 2027:

- Bantuan Awal Persekolahan ditingkatkan daripada RM150 kepada RM200 ringgit bagi setiap murid. 

- Kerajaan bersetuju untuk memberikan Elaun Sara Hidup kepada pelajar Tingkatan Enam berjumlah RM2,500.

- Peruntukan RM870 juta disediakan untuk Rancangan Makanan Tambahan kepada lebih 800,000 murid.

- Pengambilan Pembantu Guru diperluas ke 200 sekolah rendah berkepadatan tinggi dan akan ditambah secara berfasa setelah penilaian keberkesanan dilaksanakan.

- Bagi 2027, Kerajaan bersetuju untuk memberikan penangguhan bayaran balik kepada peminjam yang berpendapatan sehingga RM2,500 sebulan.

- Bayaran balik minimum dikenakan hanya RM50 ke atas peminjam berpendapatan antara RM2,500 hingga RM3,000 sebulan.

- Bantuan tiket penerbangan FlySiswa MADANI 2027 ditingkatkan kepada RM500, berbanding RM400, yang memanfaatkan lebih 60,000 penuntut IPTA.

Kerajaan bersetuju memberikan penangguhan bayaran balik kepada peminjam yang berpendapatan sehingga RM2,500 sebulan.

Kerajaan bersetuju memberikan penangguhan bayaran balik kepada peminjam yang berpendapatan sehingga RM2,500 sebulan.

- Prasarana melabur lebih RM3.4 bilion untuk pemulihan menyeluruh perkhidmatan rel dan kerajaan juga akan memperoleh 42 set tren baharu bagi perkhidmatan ETS dan KTM Komuter.

- Malaysia dan China turut sepakat untuk menyambung laluan ECRL ke Rantau Panjang. 

- Sebuah stesen bas di stesen ECRL Kota Bharu juga akan dibina untuk kemudahan rakyat Kelantan.

- Perkhidmatan bas henti-henti ditingkatkan di bandar-bandar utama dengan peruntukan RM270 juta. Ini termasuk menghubungkan 15 stesen di Pantai Timur menjelang pengoperasian ECRL.

- Kerajaan akan meminda Akta Pengangkutan Jalan bagi mewajibkan pemandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah untuk membayar pampasan kepada mangsa.

- Sistem telematik akan diwajibkan untuk dipasang di kenderaan perdagangan bagi memantau kelajuan, lokasi dan corak pemanduan berisiko, termasuk menghubungkan dengan alat pengesan alkohol sebelum pemandu memulakan perjalanan. 

- Pelaksanaan sukarela dibuat hingga 2027, sementara Kerajaan sedang membangunkan pangkalan data pemandu untuk penguatkuasaan.

- Bagi tahun 2027, lebih 9,000 doktor kontrak akan ditawarkan ke jawatan tetap. Bermakna, selepas ini, doktor yang berjaya menamatkan latihan siswazah akan ditawarkan jawatan tetap Pegawai Perubatan.

- Bagi menghargai 47,000 anggota paramedik dan jururawat yang memikul tanggungjawab besar di lapangan, kadar Bayaran Insentif Pos Basik akan ditingkatkan daripada RM100 kepada RM200 sebulan.

- Kerajaan bersetuju menaikkan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kesihatan Udara daripada RM30 kepada RM100.

- Kerajaan akan meluncurkan Pelan MediAsas mulai Januari 2027 pada harga mampu milik. Melalui pelan ini, bayaran hospital akan mengikut jenis diagnosis dan rawatan supaya kos lebih terkawal serta mudah dijangka.

- Ahli KWSP di bawah usia 55 tahun dibenarkan membayar premium MediAsas melalui Akaun Sejahtera.

- Mulai 2027, bil hospital swasta menggunakan kategori caj yang seragam dan telus supaya pesakit memahami setiap bayaran dan herotan harga dapat dikurangkan.

- Portal e-CKAPS turut dibangunkan bagi membolehkan urusan pelesenan fasiliti kesihatan swasta dibuat sepenuhnya dalam talian mulai 2027, dengan tempoh pemprosesan disasar berkurang sehingga 65 peratus.

- Penerima STR dan pasangan berumur 40 tahun ke atas ditawarkan saringan kesihatan percuma, bantuan alat perubatan dan insentif rawatan kanser melalui PeKa B40 dengan peruntukan RM80 juta.

- Semua prasarana hospital dan klinik awam akan diselenggara dan dibaik pulih dengan peruntukan RM1.2 bilion. Ini termasuk menaik taraf klinik-klinik daif yang berbaki.

Pegawai perubatan kontrak akan dilantik ke perjawatan tetap.

- Bagi mempercepat diagnosis dan rawatan, lebih RM770 juta disediakan untuk perolehan peralatan canggih dan moden. 

- Hospital Pakar USM dilengkapkan dengan teknologi pembedahan robotik bagi memperluas rawatan kepada pesakit di Pantai Timur dan utara Semenanjung.

- Rang Undang-Undang Warga Emas akan digubal bagi menangani pengabaian dan memperkukuh ekosistem penjagaan yang menyeluruh.

- Mulai 1 Januari 2027, kadar cukai perkhidmatan jagaan warga emas diturunkan daripada 8 kepada 6 peratus. Pengecualian penuh diberikan bagi yuran jagaan sehingga RM96,000 setahun.

- Bagi melahirkan lebih ramai tenaga kerja dalam sektor penjagaan warga emas, lebih RM40 juta disediakan melalui HRD Corp untuk melatih 8,000 orang sekali gus membuka peluang pekerjaan kepada mereka dalam bidang ini.

- Bantuan warga emas tahun hadapan ditingkatkan kepada RM1.3 bilion bagi manfaat hampir 200,000 penerima.

- Peruntukan keseluruhan bagi bantuan OKU meningkat kepada RM1.5 bilion untuk manfaat lebih 300,000 OKU.

- Kadar bantuan penjagaan OKU terlantar dan pesakit kronik ditingkatkan daripada RM500 kepada RM600 sebulan.

- Ambang pendapatan bagi melayakkan Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya ditingkatkan daripada RM1,700 kepada RM2,000.

Golongan OKU turut menerima pelbagai manfaat menerusi pembentangan Belanjawan 2027 oleh Perdana Menteri.

Golongan OKU turut menerima pelbagai manfaat menerusi pembentangan Belanjawan 2027 oleh Perdana Menteri.

- Elaun Murid Berkeperluan Pendidikan Khas ditingkatkan daripada RM150 kepada RM200 sebulan untuk memanfaatkan 150,000 murid istimewa termasuk anak autistik.

- Insentif Pengajaran Murid Berkeperluan Pendidikan Khas ditingkatkan daripada RM250 kepada RM300 sebulan untuk memanfaatkan 20,000 guru pendidikan khas.

- Dua buah Pusat Permata Kurnia akan dibina iaitu di Melaka dan Pahang sebagai pusat khusus untuk anak-anak autistik diberi pendidikan, sokongan dan latihan.

- Lebih 130 kelas Tabika Tunas Istimewa baharu dibuka di kawasan desa seluruh negara bagi membolehkan anak autistik daripada keluarga susah mendapat bimbingan awal yang lebih berkesan.

- Jabatan Kemajuan Orang Asli akan diperuntukkan RM445 juta. Ini termasuk bagi melaksanakan projek; Penanaman semula di Pos Poi, Sungai Siput, Perak; serta Pembinaan tabika Orang Asli di Kampung Angkek dan Pos Belatim, Gua Musang, Kelantan.

- Kerajaan akan melaksanakan Komuniti Angkat Madani dengan peruntukkan RM50 juta dengan tumpuan kali ini untuk membantu komuniti PPR bandar.

- Pengurusan tertinggi kementerian dan agensi diamanah mengetuai ikhtiar ini. Universiti dan institusi TVET turut dilibatkan supaya dapat menawarkan kemahiran yang diperlukan warga PPR.

- Kerajaan juga akan menyediakan dapur bersama, peralatan perniagaan dan latihan untuk meningkatkan pendapatan penduduk.  

- Projek untuk prasarana asas desa diperuntukkan RM 3.3 bilion; termasuk memasang lampu jalan kampung, kemudahan komuniti serta bekalan air bersih dan elektrik.  

- TNB melaksanakan pemasangan lampu jalan solar di kampung dan panel solar bumbung di rumah kebajikan serta rumah ibadat.

- Bekalan elektrik turut ditambah baik di sekolah tahfiz, pondok dan perkampungan Orang Asli.  

- Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor menyepakati lima langkah utama termasuk menilai keupayaan Empangan Batu dan Empangan Klang Gate bagi 30 tahun mendatang.

- Sebagai langkah segera, RM100 juta disediakan untuk membangunkan kolam takungan dan menyelenggara sungai bagi mengurangkan risiko banjir.

- Isu banjir dan bekalan air bersih di Kelantan diselesaikan.

- Kerajaan akan memulakan perencanaan Projek Empangan Lebir sebagai penyelesaian jangka panjang.

- Serentak itu, pembinaan Loji Rawatan Air Machang dan penggantian paip uzur yang sedang berjalan.

- Pulau Pinang dipeta sebagai Pusat Kewangan Teknologi Negara.

- Kesesakan lalu lintas di Johor Bahru mesti ditangani segera dengan kerajaan telah bersetuju melaksanakan Sistem Transit Aliran Autonomi Bertingkat (e-ART) sebagai penyelesaian utama.

- Menjelang pembukaan RTS Link, kerajaan akan menambah laluan dan kekerapan bas henti-henti, meningkatkan kekerapan KTM Komuter serta menyediakan khidmat Grab Shuttle di kawasan tumpuan.

Projek Tanaman Padi Lima Musim Dalam Dua Tahun di kawasan Mada terus diberi keutamaan.

Projek Tanaman Padi Lima Musim Dalam Dua Tahun di kawasan Mada terus diberi keutamaan.

- Perak dipacu sebagai hab industri. Pembangunan LuMIC sebagai hab maritim di Lumut diperhebat bagi menarik pelaburan dan pekerjaan.

- Melaka mesti menjadi tumpuan pelabur dan pembangunan bakat. Melaka Centre of Excellence membuka peluang pekerjaan dengan gaji bermaruah buat anak Melaka melalui latihan TVET berteknologi tinggi.

- Malaysia Vision Valley 2.0 memangkin ekonomi Negeri Sembilan. Kerajaan Madani melengkapkan pembangunan dengan prasarana seperti jalan baharu dari KLIA ke Bandar Enstek; naik taraf Jalan Pajam-Nilai-Salak dan pelaksanaan Projek Klang Valley Dual Track 2.

- ECRL memangkin pertumbuhan ekonomi di kawasan strategik di Pahang. Kerajaan MADANI menyokong pembangunan di sepanjang jajaran ECRL, meliputi industri berat di Bentong dan perumahan rakyat berhampiran di stesen KotaSAS.

- Pembangunan Lembah Chuping di Perlis membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan. Kerajaan membangunkan 21 infrastruktur di Kawasan Pembangunan Lembah Chuping serta NCER Agribio Economic Zone.

- Kedah memegang dua kekuatan negara iaitu jelapang padi dan industri teknologi tinggi. Kulim Hi-Tech Park menarik pelaburan semikonduktor dunia yang membuka pekerjaan mahir dan peluang perniagaan untuk anak Kedah.

- Serentak itu, Projek Tanaman Padi Lima Musim Dalam Dua Tahun di kawasan MADA terus diberi keutamaan bagi meningkatkan hasil dan pendapatan pesawah.  

- Terengganu terus dipacu sebagai tumpuan ekopelancongan. Produk pelancongan utama dinaik taraf seperti Setiu Wetlands, Tasik Kenyir, Pulau Tenggol dan Pulau Bidong.

- Gaji minimum daripada RM1,700 dinaikan kepada RM2,000. Kadar itu berkuat kuasa mulai Jun 2027.

- PMKS dengan hasil jualan di bawah 50 juta ringgit dikecualikan bagi memberi ruang untuk penyesuaian model perniagaan.

- Kerajaan dan pihak Grab bersetuju untuk membiayai bersama satu pakej bernilai RM160 juta  bertujuan untuk meningkatkan pendapatan bersih dan menambah baik kebajikan pekerja e-hailing dan p-hailing.

- Pakej ini meliputi peningkatan kadar pendapatan minimum bagi pekerja e-hailing dan p-hailing, bantuan kos penyelenggaraan kenderaan dan insurans, serta caruman perkeso.

- Ini bermakna, pendapatan bersih untuk pemandu e-hailing pada tahap median dijangka meningkat sehingga RM227 sebulan, manakala pendapatan penghantar p-hailing meningkat sehingga RM100  sebulan.

Kadar gaji minimum naik kepada RM2,000.

Kadar gaji minimum naik kepada RM2,000.

- Jumlah keseluruhan untuk subsidi, bantuan dan insentif lebih RM80 bilion. Ini termasuk, subsidi bahan api yang dijangka kekal tinggi pada RM40 bilion ringgit dan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat hampir RM3.3 bilion ringgit.

- Peruntukkan STR SARA 2027 ditingkatkan kepada RM16 bilion. Semua penerima STR akan menerima SARA sehingga RM150 sebulan atau sehingga RM1,800 setahun.

- Penerima STR berumur 18 ke atas akan menerima SARA Madani RM100 sebanyak dua kali  iaitu sebelum Aidilfitri dan menjelang ambang 7 dasawarsa Merdeka.

- Had pelepasan cukai individu yang tidak disemak sejak 2010, dinaikkan daripada RM9,000 kepada RM12,000.

- Pelepasan cukai individu turut diperluas merangkumi rawatan perubatan diperluas meliputi perkhidmatan penjagaan selepas bersalin; penjagaan ibu bapa dan datuk nenek diperluas meliputi semua perbelanjaan penjagaan dan tidak lagi terhad kepada kesihatan.

- Serta peralatan sukan meliputi pembelian kasut sukan; yuran pengajian dan kemahiran diperluas meliputi semua bidang pengajian dan tuisyen anak.

- Selain, gaya hidup diperluas merangkumi langganan ai serta kos pemvaksinan dan pengambilan haiwan peliharaan angkat daripada pusat berdaftar.

 

 

 

 

Artikel Lain