suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gaji minimum naik kepada RM2,000 mulai Jun 2027

Kadar gaji minimum itu berkuat kuasa mulai Jun 2027. -Gambar hiasan

KERAJAAN bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan berkuat kuasa Jun 2027 bagi merapatkan jurang produktiviti dan upah pekerja di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peningkatan itu penting memandangkan beban kos sara hidup semakin dirasai rakyat apabila pendapatan tidak meningkat seiring kenaikan harga barangan.

"Pampasan pekerja kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia ketika ini masih rendah, iaitu 33.9 peratus.

"Oleh itu kerajaan bersetuju untuk meningkatkan kadar gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000. Kadar ini berkuat kuasa mulai Jun 2027," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Bagaimanapun, perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dengan hasil jualan di bawah RM50 juta dikecualikan daripada pelaksanaan berkenaan bagi memberi ruang kepada mereka menyesuaikan model perniagaan.

Langkah itu dijangka membabitkan lebih empat juta pekerja yang tertakluk kepada kadar gaji minimum baharu.

Dalam perkembangan sama, kerajaan akan memperkenalkan gaji minimum RM2,500 sebulan bagi pekerjaan separa mahir dan graduan sebagai langkah pembaharuan kerangka pendapatan pekerja.

Anwar berkata, kadar gaji minimum sedia ada hanya menetapkan paras terendah pendapatan pekerja, sedangkan upah bagi pekerja mahir masih belum setimpal dengan kelayakan mereka.

Artikel Lain