PERUNTUKAN Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2027 terus ditingkatkan kepada RM16 bilion menjelang Belanjawan Madani 2027.Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sembilan juta penerima berumur 18 tahun ke atas akan menikmati RM150 sebulan atau sehingga RM1,800 setahun. Manakala SARA RM100 pula akan diberikan sebanyak dua kali iaitu sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri dan ambang tujuh dasawarsa Merdeka."Ini akan memanfaatkan sehingga 13 juta rakyat Malaysia termasuk golongan M40," katanya dalam pembentangan Belanjawan 2027 di Parlimen pada Jumaat.Apa yang menarik, kerajaan bersetuju untuk membenarkan penggunaan SARA kepada pembelian barangan basah dan segar.Jelas Anwar, kesemua barangan tersebut boleh dibeli di 216 pasar tani atau tamu di bawah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) di seluruh negara.Malah katanya, setakat ini, rakan niaga SARA berjumlah 15,000 premis termasuk 6,8000 kedai runcit kecil dan koperasi."Sebelum akhir tahun ini, kerajaan akan meningkatkan kedai runcit kecil kepada 10,000 premis."Bagi Jualan Rahmah Madani dan Agro Madani pula, ia ditingkatkan daripada RM630 juta kepada RM750 juta dengan sasaran 35,000 penganjuran."Pengedaran barangan asas ke kawasan pedesaan dan pedalaman juga diperluas dengan peruntukan RM250 juta."Ini meliputi enam lokasi baharu antaranya Kampung Terian, Penampang, Sabah dan Kampung Dato’ Godam, Pusa, Sarawak," tambahnya.