suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Had pelepasan cukai individu naik RM12,000... Beli kasut sukan pun boleh ‘claim’

Golongan M40 bakal menerima suntikan lebihan tunai boleh guna sehingga RM1,600 susulan kenaikan had pelepasan asas cukai individu.

KERAJAAN mendengar keresahan golongan pertengahan (M40) yang terus bersabar walaupun turut terhimpit dengan beban kos sara hidup.

Sewaktu pembentangan Bajet 2027 pada Jumaat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan tiga inisiatif bagi membantu golongan berkenaan.

"Pertama, had pelepasan cukai individu yang tidak disemak sejak 2010 dinaikkan daripada RM9,000 kepada RM12,000. Kedua, kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan sebanyak satu mata peratusan.

"Banjaran pendapatan bercukai antara RM70,000 hingga RM100,000 dikurangkan kepada 18 peratus. Banjaran pendapatan bercukai antara RM100,000 hingga RM150,000 pula dikurangkan kepada 24 peratus," ujarnya.

Ketiganya, Anwar berkata pelepasan cukai individu juga bakal diperluas, merangkumi:

1. Rawatan perubatan diperluas meliputi perkhidmatan penjagaan selepas bersalin.

2. Penjagaan ibu bapa dan datuk nenek diperluas meliputi semua perbelanjaan penjagaan dan tidak lagi terhad kepada kesihatan.

3. Peralatan sukan meliputi pembelian kasut sukan.

4. Yuran pengajian dan kemahiran diperluas meliputi semua bidang pengajian dan tuisyen anak.

5. Gaya hidup diperluas merangkumi langganan kecerdasan buatan (AI) serta kos pemvaksinan dan pengambilan haiwan peliharaan angkat daripada pusat berdaftar.

ARTIKEL BERKAITAN: Intipati Bajet 2027: Ini ‘goodies’ daripada kerajaan, golongan M40 pun dapat manfaat!

Tambah Anwar, kadar cukai bagi yang berpendapatan tinggi iaitu melebihi RM1 juta turut diselaraskan kepada 30 peratus.

"Ini bermakna kenaikan pelepasan cukai dan pengurangan kadar cukai individu, bakal memberi lebihan pendapatan boleh guna sehingga RM1,600 kepada kira-kira 5 juta pembayar cukai," ujar Anwar lagi.

Artikel Lain