CEMBURU dan dendam dipercayai menjadi motif di sebalik tragedi pembunuhan tragis seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal.Kejadian berdarah itu dipercayai berpunca daripada tindakan mangsa menolak cinta suspek yang juga rakan sekelasnya sendiri. Ketua Polis Johor, Datuk AB Rahaman Arsad berkata, siasatan mendapati mangsa sebaliknya menjalin hubungan dengan rakan baik suspek, sekali gus dipercayai mencetuskan rasa tidak puas hati."Setakat ini, siasatan menunjukkan motifnya adalah cemburu dan dendam kerana mangsa menolak cinta suspek dan sebaliknya mempunyai hubungan dengan rakan baik suspek," katanya menerusi sidang media pada Jumaat.ARTIKEL BERKAITAN: Irene Sofiya meninggal dunia akibat hentakan tumpul di kepalaMenurut AB Rahaman, mangsa dipercayai dipukul berulang kali pada bahagian kepala menggunakan besi paip dalam kejadian tersebut.Selain kecederaan di kepala, pemeriksaan turut menemukan kecederaan lain yang menunjukkan mangsa cuba mempertahankan diri.Beliau berkata, polis merampas sekurang-kurangnya 12 barang berkaitan kes itu, termasuk telefon bimbit, jersi serta sebatang besi paip sepanjang 96 sentimeter yang dibalut dengan tali leher.Ditanya sama ada mangsa turut diserang secara seksual, beliau menafikan perkara tersebut.Kes berkenaan akan dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Johor pada 10 Oktober.AB Rahaman turut memaklumkan bahawa suspek tidak mempunyai masalah disiplin di sekolah.Sebelum ini, media melaporkan Irene Sofiya ditemukan tidak sedarkan diri dalam keadaan berlumuran darah di sebuah dewan sekolah di Yong Peng, Johor, kira-kira pukul 5.50 petang pada 3 Oktober lalu sebelum disahkan meninggal dunia.